07 April 2010

KEINDAHAN BERSAMA MU(KBM)


Pada 13-14 feb 2010 yang lalu Hikmah Sibu dangan kerjasama JIM Kuching mengadakan Program motivasi Keindahan Bersama Mu(KBM) yang di kendalikan oleh Sdr Cikgu Syukri dari JIM kuching.Seramai 76 orang pelajar dari SM Teknik Sibu dan Kelab remaja Hikmah Sibu. Objektif program ini ada lah untuk membina sahsiah diri remaja-remaja muslim. Dimana apa yang kita lihat sekarang ramai remaja-remaja muslim yang terlibat dengan gejala sosial.InsyaAllah Hikmah Sibu memandang serius perkara begini dan cuba berusaha yang termampu untuk mendekatkan Remaja-remaja dengan Aktivit-aktiviti yang berfaedah.Pada program ini juga ,ibubapa pelajar yang menyertai salah satu slot untuk Ibubapa begitu berpuas hati dengan pengisian dan melihat perubahan anak-anak mereka semasa program ini berjalan,ada sesetengah Ibubapa menitis airmata.InsyaAllah kami pihak Hikmah Sibu akan berusaha sedaya upaya mempelbagaikan aktiviti remaja di masa-masa akan datang.

19 February 2010

SEMINAR ANDA BIJAK JAUHI ZINA

Dalam menghayati kehidupan masyarakat Islam di sekeliling terutama sekali remaja2 yang agak jauh dengan kehidupan beragama sehingga kan di sana sini kita melihat remaja2 Islam kita tanpa segan silu mengadakan aktiviti yang mendekat Zina,bercauple dan sebagainya.Kita lihat di dada2 akbar natijah dari keadaan yang sedemikian.Sex bebas lahirlah anak2 luar nikah,kes buang bayi..Dengan ini pihak Hikmah sibu mengadakan program mendekati remaja dengan seminar ANDA BIJAK JAUHI ZINA,dengan kerja sama Jakim unit Sibu dan JIM Sarawak,cawangan Kuching.Di kendali kan sepenuh nya oleh Team KBM JIM Kuching.Saudara CikguAhmad Syukri,NYDP JIM Kuching.pada 12.02.10 bilik seminar jakim.Program tersebut di hadiri oleh wakil-wakil remaja dari surau-surau dan sekolah di sekitar sibu,dan mendapat sambutan begitu menggalakkan di hadiri sekitar 70 orang remaja.
Seminar ABJZ ini ada lah pendekatan kentemporari seperti mana Wakil dari pihak Jakim unit Sibu, Ust Dahlan bin Daut semasa majlis ucapan penutupan mengatakan program ini adalah program yang bersesuaian sekali untuk mendekati remaja masa kini.yang beroriantasikan sepenuhnya mengunakan tayangan multimedia.Sekiranya ada pertubahan atau organisasi yang berminat untuk mengadakan aktiviti2 remaja bole berhubung dengan saudara Cikgu Syukri,melalui.www.abuhumairaa.blogspot.com.

09 February 2010

Program KEINDAHAN BERSAMA MU

Program KEINDAHAN BERSAMA MU (KBM)kini di Sibu.Semoga mencapai sasaran dalam rangka mengharap redha Allah.Anjuran bersama HIKMAH Sibu,JIM Sarawak dan SM Teknik Sibu.

Dozen Roses Love Note

15 January 2010

Meniti realiti kehidupan....


  Assalamualaikum,wrt.
             Kaum muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekelian,sedar atau pun tidak masa terus berlalu tanpa menunggu kita,sama ada kita dalam keadaan yang sepatutnya sebagai seorang muslim atau pun sebaliknya,Kita telah pun melalui Tahun Hijrah 1431.
           Kita masih juga sebuk dengan urusan masing-masing yang menurut persepsi kita itu lah keutamaan,begitu juga blog ini agak lama tidak di update mungkin seperti yang ana kata sebuk tiada pernah henti mengikut persepsi kita masing-masing.

Namun muslimin dan muslimat,ikhwah dan akhwat yang ana kasihi sekelian,perlu kita merenung sedikit sebanyak di celah-celah kesibukan kita, untuk apa tujuan kita wujud di permukaan bumi ini?sekali lagi  mungkin mengikut persepsi kita masing-masing wahai ikhwah dan akhwat fillah.Andai kita mengatakan kita sebagai seorang muslim,tanpa ada alasan atau persepsi lain bahawa kejadian kita di muka bumi ini hanya untuk mengabdi diri kepada Allah swt. ya Akhi wa Ukhti sekelain.
  fitrman Allah:
        Tidak ku jadi kan jin dan manusia selain untuk beribadah pada KU
                                         (Az-Zariat :56)
Nah,saudara-saudara sekelian tanpa ada alasan, kalau kita YAKIN dan BERIMAN kepada ALLAH dan HARI AKHIR,apa kah wajar kita menyibukkan diri kita dengan urusan-urusan lain selain dari urusan untuk membesarkan Allah dalam kehidupan kita seharian.Atau kita terlena,terlupa,dengan tugas-tugas rutin harian kita menyebabkan kita tersasar dari tujuan sebenar kita dihidupkan di muka bumi ini mengabdikan diri pada Allah swt.Andai kita terasa bahawa kita telah tersasar dari tujuan sebenar kita,berusahalah mencari puncanya yang kita telah lari dari tujuan hidup kita.kembali lah mendekatkan diri pada Allah dengan amalan-amalan fardi,perbanyakkan solat-solat sunat,puasa-puasa sunat,yang terutama sekali baca Al-Quran dengan terjemaah dengan kerap,dengan bacaan Quran serta terjemaah kita akan dekat dengan ayat-ayat Allah.
           Selain amal-amal fardi sibukkan diri kita juga dengan aktivit-aktivi keagamaan dengan saudara-saudara muslim kita agar kita sering mendapat peringatan agar kita tidak tersasar jauh dari landasan.Masa berlalu saudara,usia kita makin meningkat,kalau nak diikutkan usia sepatutnya kita hanya duduk beramal untuk saat kematian kita atau untuk persediaan hari akhirat,Tahu kah saudara apa kah amalan yang afdhal sepatut nya kita usahakan di sisa-sisa usia kita yakni sebagai amalan soleh?Menyibukkan diri kita dengan menyeru kepada yang maaruf dan mencegah yang mungkar.dengan segala ilmu dan skil yang ada pada diri kita menfaat keseluruhan nya untuk amal yang AFDHAL di sisa usia kita ini.InsyaAllah kita akan mendapat kepuasa dunia dan akhirat.
Oleh demikianlah saudara blog ini di wujudkan untuk menunaikan tanggung jawap kita sama-sama sebagai amar maaruf nahi mungkar pada masyarakat,dangan harapan menjadi amal soleh dan mendapat redha Allah.
Mohon kemaafan kerana lama tidak di update.

08 December 2009

DAGING KORBAN



 Sapi yang telah di sembelih


 YB Awang Bemee menyampaikan daging korban kepada
salah seorang pemerima

Pada tahun ini HIKMAH Sibu telah menjalankan aktiviti korban semperna sambutan Hari Raya Haji / Korban. Kita telah diberikan 3 ekor sapi masing-masing oleh YB Awang Bemee Awang Ali Basah (1 ekor) dan Datuk Temenggong Hj Wan Hamid Endruce(2 ekor). Majlis penyembelihan telah dijalankan di perumahan Sibu Jaya pada hari sabtu 28/11/09. Sebanyak 2 ekor sapi telah disembelih pada hari tersebut dan daging sembelihan telah diagihkan kepada saudara kita di sekitar kawasan perumahan Sibu Jaya. Majlis penyerahan agihan telah dilakukan oleh YB Awang Bemee. Pada 30/11/09 pula kita telah mengadakan penyembelihan yg kedua dimana seekor sapi telah kita sembelihkan. Majlis penyembelihan telah dilakukan di perkarangan Masjid An-Nur (Masjid Bahagian Sibu). Semua daging sembelihan telah diagihkan kepada saudara kita yang tinggal di sekitar kampung Sentosa, Jalan Salim, Sibu. Majlis penyerahan agihan telah dilakukan oleh Pengerusi HIKMAH Bahagian Sibu iaitu Encik Kameri Bin Hj. Meraf. HIKMAH Sibu berharap semoga majlis seperti ini boleh merapatkan lagi ukhuwah di antara warga HIKMAH dan penduduk di tempat tersebut terutama saudara kita dengan mengadakan majlis korban ini secara bergotong-royong.


Pengerusi HIKMAH Bahagian Sibu Encik Kameri
menyerahkan daging korban kepada pengerusi saudara kita
dari kampung Sentosa, Salim.


Ustaz Mohd Amir mencuba bakat dalam memotong
daging korban


Gotong-royong memotong daging korban


Berat juak paha sapi tok ehh...


Orang yang berpengelaman dalam memotong daging


 Gotong-royong adalah amalan orang-orang kita
 dari dulu hingga sekarang


Menimbang dan membungkus daging korban untuk
di agihkan kepada menerima


Isik jak dalam plastik daging korban ya....hehehe...
___________________________________________

18 November 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH

Tadika Islam Nurul Hidayah HIKMAH Sibu telah mengadakan Majlis penyampaian Sijil dan Hadiahnya pada 15 November 2009 bersamaan 27 Zulkaedah 1430H jam 09:00 pagi di Dewan Auditorium RTM Sibu. Majlis tersebut telah di rasmikan oleh Ustaz Saidal Bin Mat, Penolong Penyelia Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Daerah Sibu. Bermacam-macam persembahan telah dipersembahkan oleh pelajar-pelajar Tadika Islam Nurul Hidayah HIKMAH Sibu dari pelajar tahun 4 sehingga ke tahun 6. Antara persembahan yang disembahkan oleh pelajar ialah : Hafalan surah-surah lazim, ucapan wakil pelajar oleh adik Izaz Rizqi bin Wahid, Pentomin, Nyayian dan Riadah. Acara kemuncak pada majlis tersebut ialah penyampaian sijil dan hadiah kepada graduan 2009. Jika anda ingin melihat / mengetahui dengan lebih lanjut lagi Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Tadika Islam Nurul Hidayah HIKMAH Sibu anda boleh berkunjung ke blog Tadika Hikmah Sibu di www.tadikahikmahsibu.wordpress.com atau anda boleh klik disini


Ucapan oleh wakil pelajar adik Izaz Rizqi bin Wahid


Ucapan aluan Pengerusi HIKMAH Bahagian Sibu Encik Kameri Bin Hj. Meraf


 Ucapan tetamu kehormat Ustaz Saidal bin Mat


 Persembahan Hafalan surah-surah lazim oleh pelajar kelas Bijaksana
_____________________________________________