16 February 2009

HIKMAH SIBU BERSAMA MASYARAKAT

Lebih kurang 70 orang peserta dari beberapa jabatan kerajaan dan surau-surau di sekitar sibu telah mengikuti Kursus pengurusan jenazah yang di anjurkan Hikmah Sibu bertempat di bilik kuliah Masjid Annur pada 14.02.09 yang lalu.Demikian salah satu aktiviti untuk kita mendampingi masyakat,sambutan yang begitu mengalak kan amat mengharu kan pihak AJK Hikmah dimana sebelum ini jarang kita mengadakan aktiviti untuk masyarakat memandangkan oleh sebab faktor yang tidak mengizin kan seperti peruntukan dana yang terhad dan sebagai nya.Sebagai badan dakwah, amat penting bagi Hikmah Pusat mengambil inisiatif untuk merancang dan mengagih peruntukan pada Hikmah Bahagian dan Cawangan tanpa memerlukan permohonan,dengan mengagihkan peruntukan untuk aktiviti tahunan.Kami pihak AJK Hikmah Sibu amat agak terkilan dengan peruntukan aktiviti sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini tanpa mendapat perhatian pihak Himah Pusat. Pengalaman kita menganjur kan aktiviti mendapat sambutan begitu menggalak kan,sedangkan kita mempunyai peruntukan yang terhad.InsyaAllah dengan keupayaan yang begitu terbatas kita berusaha demi menyampaikan risalah Allah dalam masyarakat.Dan harapan dari kami Hikmah Sibu agar Pihak Hikmah Pusat dapat mengambilan perhatian dengan masaalah kami.