07 April 2010

KEINDAHAN BERSAMA MU(KBM)


Pada 13-14 feb 2010 yang lalu Hikmah Sibu dangan kerjasama JIM Kuching mengadakan Program motivasi Keindahan Bersama Mu(KBM) yang di kendalikan oleh Sdr Cikgu Syukri dari JIM kuching.Seramai 76 orang pelajar dari SM Teknik Sibu dan Kelab remaja Hikmah Sibu. Objektif program ini ada lah untuk membina sahsiah diri remaja-remaja muslim. Dimana apa yang kita lihat sekarang ramai remaja-remaja muslim yang terlibat dengan gejala sosial.InsyaAllah Hikmah Sibu memandang serius perkara begini dan cuba berusaha yang termampu untuk mendekatkan Remaja-remaja dengan Aktivit-aktiviti yang berfaedah.Pada program ini juga ,ibubapa pelajar yang menyertai salah satu slot untuk Ibubapa begitu berpuas hati dengan pengisian dan melihat perubahan anak-anak mereka semasa program ini berjalan,ada sesetengah Ibubapa menitis airmata.InsyaAllah kami pihak Hikmah Sibu akan berusaha sedaya upaya mempelbagaikan aktiviti remaja di masa-masa akan datang.