26 January 2009

JauLaH KeLab ReMaJa HiKmaH Sibu Ke MaDRaSaH BinTuLu..


Bersempena cuti Tahun Baru Cina ini ,kami dari Hikmah Cawangan Sibu akan mengada kan Program Jaulah Kelab Remaja Hikmah cawangan Sentosa Salim, ke Madrasah Bintulu.iaitu pada 29,30,31,januari.Di antara objektif ingin mendekat kan diri dengan Remaja-remaja,di samping mengisi masa lapang remaja-remaja tersebut dengan perkara-perkara yang bermenfaat.Dan juga mendedahkan remaja ini dengan rakan-rakan sebaya yang sedang belajar di Madrasah.Program ini lah kita rasa salah satu anisiatif kita kearah megislah remaja-remaja yang sekarang ini terlalu terdedah dengan gejala-gejala negetif,yang kita rasa memang ada gerakan yang mengajak remaja-remaja muslim kita jauh dari Islam itu sendiri,seperti trend Shuffle,funk, dan yang sewaktu dengan nya.Apa kah kita rasa lena tidur melihat remaja-remaja kita tanpa arah tuju?InsyaAllah,atas kesedaran ini lah kami pihak Hikmah Sibu( semoga hikmah di tempat lain juga) dengan kemampuan yang ada terus berusaha untuk melaksana kan aktiviti remaja di sekitar kita.

AJK Kelab Remaja Hikmah Cawangan Sentosa Salim,Sibu