08 December 2009

DAGING KORBAN



 Sapi yang telah di sembelih


 YB Awang Bemee menyampaikan daging korban kepada
salah seorang pemerima

Pada tahun ini HIKMAH Sibu telah menjalankan aktiviti korban semperna sambutan Hari Raya Haji / Korban. Kita telah diberikan 3 ekor sapi masing-masing oleh YB Awang Bemee Awang Ali Basah (1 ekor) dan Datuk Temenggong Hj Wan Hamid Endruce(2 ekor). Majlis penyembelihan telah dijalankan di perumahan Sibu Jaya pada hari sabtu 28/11/09. Sebanyak 2 ekor sapi telah disembelih pada hari tersebut dan daging sembelihan telah diagihkan kepada saudara kita di sekitar kawasan perumahan Sibu Jaya. Majlis penyerahan agihan telah dilakukan oleh YB Awang Bemee. Pada 30/11/09 pula kita telah mengadakan penyembelihan yg kedua dimana seekor sapi telah kita sembelihkan. Majlis penyembelihan telah dilakukan di perkarangan Masjid An-Nur (Masjid Bahagian Sibu). Semua daging sembelihan telah diagihkan kepada saudara kita yang tinggal di sekitar kampung Sentosa, Jalan Salim, Sibu. Majlis penyerahan agihan telah dilakukan oleh Pengerusi HIKMAH Bahagian Sibu iaitu Encik Kameri Bin Hj. Meraf. HIKMAH Sibu berharap semoga majlis seperti ini boleh merapatkan lagi ukhuwah di antara warga HIKMAH dan penduduk di tempat tersebut terutama saudara kita dengan mengadakan majlis korban ini secara bergotong-royong.


Pengerusi HIKMAH Bahagian Sibu Encik Kameri
menyerahkan daging korban kepada pengerusi saudara kita
dari kampung Sentosa, Salim.


Ustaz Mohd Amir mencuba bakat dalam memotong
daging korban


Gotong-royong memotong daging korban


Berat juak paha sapi tok ehh...


Orang yang berpengelaman dalam memotong daging


 Gotong-royong adalah amalan orang-orang kita
 dari dulu hingga sekarang


Menimbang dan membungkus daging korban untuk
di agihkan kepada menerima


Isik jak dalam plastik daging korban ya....hehehe...
___________________________________________

18 November 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH

Tadika Islam Nurul Hidayah HIKMAH Sibu telah mengadakan Majlis penyampaian Sijil dan Hadiahnya pada 15 November 2009 bersamaan 27 Zulkaedah 1430H jam 09:00 pagi di Dewan Auditorium RTM Sibu. Majlis tersebut telah di rasmikan oleh Ustaz Saidal Bin Mat, Penolong Penyelia Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Daerah Sibu. Bermacam-macam persembahan telah dipersembahkan oleh pelajar-pelajar Tadika Islam Nurul Hidayah HIKMAH Sibu dari pelajar tahun 4 sehingga ke tahun 6. Antara persembahan yang disembahkan oleh pelajar ialah : Hafalan surah-surah lazim, ucapan wakil pelajar oleh adik Izaz Rizqi bin Wahid, Pentomin, Nyayian dan Riadah. Acara kemuncak pada majlis tersebut ialah penyampaian sijil dan hadiah kepada graduan 2009. Jika anda ingin melihat / mengetahui dengan lebih lanjut lagi Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Tadika Islam Nurul Hidayah HIKMAH Sibu anda boleh berkunjung ke blog Tadika Hikmah Sibu di www.tadikahikmahsibu.wordpress.com atau anda boleh klik disini


Ucapan oleh wakil pelajar adik Izaz Rizqi bin Wahid


Ucapan aluan Pengerusi HIKMAH Bahagian Sibu Encik Kameri Bin Hj. Meraf


 Ucapan tetamu kehormat Ustaz Saidal bin Mat


 Persembahan Hafalan surah-surah lazim oleh pelajar kelas Bijaksana
_____________________________________________

03 November 2009

MUSIM HAJI TIBA LAGI




Haji adalah merupakan salah satu dari hukum Islam yang lima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim, lelaki dan perempuan apabila cukup syarat-syaratnya. Menurut jumhur ulama', fardhu haji mula diwajibkan pada tahun ke enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah yang bermaksud:
"Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"
(Surah Al- Baqarah ayat 196)
Dalam pada itu Ibnul Qaiyim menguatkan pendapat bahawa mulai diwajibkan haji itu ialah pada tahun ke sembilan atau ke sepuluh Hijrah. Sesiapa yang menafikan hukum wajib haji itu maka bererti kufur dan murtadlah ia dan terkeluar dari Agama Islam.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-
"Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan diantara mereka. Dan barang siapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari sekalian alam"
(Surah Ali Imran ayat 97)
Haji merupakan perlakuan ibadah umat islam yang mempunyai banyak simbolik yang dikemukakan kepada manusia dalam bentuk penonjolan diri, demostrasi atau perisytiharan, bukan menuntut sesuatu yang bersifat kebendaaan atau keduniaan, tetapi demontrasi untuk menyatakan tauhid dengan slogan dan laungan kalimah suci, Allahhu Akhbar, Allah Maha Besar, berulang-ulang kali dengan keyakinan dan ketaqwaan, pengakuan yang jelas dan tegas sekalipun kufur atau musyrikin tidak menyenanginya. 
 
Pengisytiharan tauhid yang jelas dan laungan yang tegas dilakukan serentak menyebut nama Allah, "Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak", dilaungkan bukan kerana sesuatu kekurangan, tetapi penyataan sesuatu ibadah dalam bentuk demontrasi menentang syirik, kezaliman dan kesesatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mentauhidkan Allah. 
 

Sikap dan pendirian yang tegas dalam perkara 'ubudiah yang menjadi ajaran para anbia' sejak zaman-berzaman perlu diisytihar dengan jelas supaya sekali-kali jangan terlibat dengan syirik atau tanghut. 
 
Sebaliknya hendaklah mengabdikan diri semata-mata kerana Allah - diri, pemikiran, fizikal, harta benda dan nawaitunya hanya semata untuk Allah. Segala bentuk kesesatan, syirik atau penyembahan system yang menuju ke arah taghut wajib dijauhi.


Islam tidak menuntut sikap bertindak balas terhadap pihak yang memesongkan akidah, tetapi bersikap Islam, kebaikan dan keamanan. Bagaimanapun, jika mereka sering dan terus berusaha menyelewengkan manusia daripada mentauhidkan Allah maka diwujudkan suatu amalan ibadah dalam bentuk demonstrasi terang-terangan bagi melawan kerja-kerja mereka yang sesat sekalipun orang-orang musyrikin, golongan kuffar dan munafiqun tidak menyenanginya. 
____________________________________________

26 October 2009

SUNGGUH KAH KITA DENGAN DAKWAH INI?

Bagaimana Anda Selepas Usrah?
Bila kita sama-sama melabuhkan tirai

Oleh: Hussaini KONSIS

"Usrah itu dimulakan dengan surah al-Fatihah"dan di akhiri dengan Kafarah al-Majlis dan surah al-Asr"

Begitulah tarbiyyah mengajarkan kita. Pembinaan ummah ini memerlukan lebih daripada 1 atau 2 atau 3 jam seminggu daripada seorang muslim itu. Pengorbanannya, untuk tajarrud ilallah, untuk meletakkan dalam dirinya, 100% untuk perjuangan ini, melebihi kepentingan peribadi pada setiap detik, hinggalah di saat-saat akhir itu. Hinggakan matinya juga diharapkan menguntungkan islam, seperti matinya ghulam dalam hadis ghulam ad-dakwah, tafsir kepada Surah al-Buruj.

Namun, ikhwah dan akhwat yang amat kucintai sekalian,

Tarbiyyah juga mengajar kita untuk mengikut marhalah (tahapan) perkembangan manusia dalam kita melahirkan 'full-timer muslim' itu. Ianya menuntut kita bersabar, membiarkan anak didik kita berkembang selari dengan masa, seumpama menunggu buah delima hijau bertukar warna.

Walaupun ia kelihatan sudah berseri-seri, jangan gopoh memetiknya. Terkadang, kita nampak buah delima itu sudah cukup kemerahan, terasa ingin sangat menganyangnya, merasai setiap biji delimanya, yang dibayangkan sudah merah ranum seperti kulitnya. Namun, jika kuning dan merah itu masih belum sebati di selaput luarnya, merekah di hujung kantungnya itu pun belum pasti, kita pasti akan kecewa, kerana hanya butir-butir mentah bakal menjadi santapan, tanpa kita mampu memperbaikinya kembali. Tanpa kita mampu untuk mengharapkan buah itu berkembang, menjadi buah yang kita impi-impi, mimpi-mimpikan selama ini...

Itulah yang digambarkan oleh As-Syeikh Hassan Al-Banna dalam risalahnya:

"Bukan dari golongan kami orang yang memetik buah sebelum masaknya."

Bekerja mengikut marhalah itu merupakan rahmat, dan jika sebaliknya, merupakan bala, gambaran amal yang sia-sia.

Jauh daripada bekerja mengikut konsep-konsep umum dakwah, apatah lagi mengikut keperluan marhalah ini, menyebabkan dakwah yang kita lakukan ini tidak ubah seperti majlis-majlis ilmu yang biasa. Dakwah kita yang sepatutnya penyeruan ke arah pembebasan daripada penghambaan sesama manusia ini, seringkali menjadi sekadar dakwah menyeru ke masjid. Tiada matlamat yang jelas. Tiada amal yang terarah. Tiada penguasaan bahan yang mantap. Tiada penyempurnaan dengan kemahiran bermain dengan hati-hati insani.

"Dakwah kita adalah segalanya", hanya tinggal kata-kata. Kerana akhirnya, kita hanya berusrah selama 1 jam, 2 jam atau 3 jam seminggu, tanpa merasakan ruh usrah dalam diri bermula tamatnya usrah. Kadang-kadang, apabila kita semakin tidak bersedia, kita lebih selesa jika keluar beramai-ramai dan mendirikan 'usrah makan'. Berkumpul di kedai-kedai mamak, borak-borak kosong, dan mendidik anak-anak usrah bercakap yang sia-sia. Kata mereka, "Itu lebih baik daripada tiada apa-apa". Dan kata mereka lagi, "Usrah bukan rigid dalam halaqah-halaqah itu sahaja".

Kataku,
"Benar dan salah". Benar, usrah itu tidak terbatas dalam halaqah-halaqah perbincangan itu semata-mata. Salah, kerana anda tidak akan berhasil apa-apa jika masih ingin bersenang-senang, bermalas-malasan begitu.

Hendak mengetahui hakikat usrah serta rukunnya? Mari kita bersoal jawab dengan Al-Quran:

Apa yang ingin dibincangkan dalam usrah, ya akhi?
"Sebagaimana Kami telah mengutuskan kepadany seorang rasul, (Muhammad) dari (kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu (Tazkirah: Tazkiyatul Nafs) dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Quran: Tafsir) dan Hikmah (Sunnah: Sirah dan Hadis), serta mengajarkan apa yangbelum kamu ketahui. (Taujihat dan Musykilah)" (Al-Baqarah 2: 151)
Selepas usrah, apa yang kita harapkan kita semua rasai?
"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku." (Al-Baqarah 2: 152)
Takutnya ana, ya akhi. Jika ada masalah dalam usrah, apa yang perlu ana buat?
"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah 2: 153)
Naqib itu Ubiquitous?

Kefahaman akan pentingnya sebuah perjumpaan yang sebegitu, dengan syarat-syarat sah usrah itu, memandu kita untuk lebih berdisiplin dalam membina rijal-rijal. Sama seperti khususnya pembinaan para sahabat rasulullah, bukan bidaah yang direka-reka. Allah sudah menyediakan templatenya, kita hanya sebagai pelaksana.

Kita tahu, bahawa, setiap minggu, usrah sebegitu wajib dilaksanakan. Dan ketahuilah sahabatku, perjumpaan setiap minggu itu akan menentukan komitmen anak-anak usrah pada minggu-minggu seterusnya. Ia akan menjadi penentu keterikatan anak-anak didik dengan saff dakwah ini. Hakikat kefuturan bermula di sini, sekiranya kita hanya mampu membuatkan mereka berfikir tentang islam, semasa halaqah kecil, sementara itu sahaja.

Disinilah letaknya kelemahan usrah-usrah di sekolah, yakni usrah-usrah yang diwajibkan, tanpa mengambil kira bahawa pelajar-pelajar itu merupakan potensi-potensi ummah yang layak membuat keputusan sendiri, kita sewajarnya hanya membimbing, bukan memaksa mereka. Gagalnya usrah kita, jika sang murobbi, hanya bertaut di hati tatkala usrah. Jika sang murobbi lansung tidak diingat mereka ketika dibaca doa rabithah. Kerana, pembinaan usrah tidak diasaskan dengan ukhuwwah islamiyyah yang menyejukkan perasaan. Aku pernah merasai kekeringan itu dahulu, yang mematikan hasratku untuk bertemu lagi dan lagi. Kita tidak sudi, jika perjumpaan kita itu mekar dengan cinta sesama saudara, yang akan melonjakkan semangat yang membara.

Sang Murobbi seharusnya menjadi umpama bakteria yang ubiquitous, berada di mana-mana sahaja. Dengan perasaan atau tanpa perasaan, mereka tidak serik-serik bertemu. Menyelesaikan permasalahan-permasalahan kecil, tindakan orang-orang bijak pandai, sebelum ia besar, lebih besar dari segala kebaikan mereka. Sang Murobbi sentiasa membakar tekad mad'u, agar mereka tidak larut dalam biah jahiliyyah, menjadi sebahagian dari penyumbang kekufuran. Berada bersama, mengingatkan mereka tentang kedamaian bersama islam, sehinggakan mereka merasakan, inilah biah dan suasana yang ingin mereka wujudkan dalam masyarakat mereka. Sudah tentunya semua ini tidak dapat dilaksana, jika taaruf tidak dilaksanakan dengan setelitinya.

Mad'u masih lagi Anonymous bagimu?

14 October 2009

GEMPA BUMI - Peringatan Dari Allah



Adakah kita sedar bahawa kita ini sebenarnya umpama telor di hujung tanduk sahaja. kenapa saya kata begitu? Ini kerana , jika kita lihat Struktur Bumi terdiri daripada tiga lapisan iaitu kerak, mantel dan teras. Teras bumi merupakan lapisan yang paling dalam dan terdiri daripada dua lapisan iaitu teras dalam dan teras luar. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam yang terdiri daripada sfera besi-nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500°C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer.

Kerak Bumi merupakan lapisan luar bumi paling nipis dan keras, ketebalan 5-40 km,sebahagian besarnya terdiri daripada batu granit

Mantel (teras luar) lapisan yang mengelilingi teras bumi, ketebalannya 2900 km, terdapat arus perolakan, suhu 3000°C

Teras bumi (core) terdiri daripada teras luar dan teras dalam, suhu 6000° C., kaya dengan nikel dan besi, tekanan tinggi

Jika kita lihat suhu di dalam bumi serta tekanan yang tinggi, maka sebenarnya di bahagian mana pun kita tinggal, kita tidak selamat. Ibarat telor di hujung tanduk itulah, jika terjatuh, pasti pecah. Kerak bumi itu ibarat kulit telor sahaja jika diukur dengan ketebalan bahagian mantel dan teras.Dalam bumi ini pula arus perolakan sentiasa berlaku dan berusahah mahu bebas menolak lapisan kerak bumi yang tidak stabil lalu terjadi lah gegaran dan gempa bumi.

Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.

Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.

Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang).


Waktu Gempa Bumi sama dengan ayat dan surah dalam Al-Quran 
Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): "(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutny a. Ini tentu sangat menarik.
Semoga penerangan ini bermanafaat untuk renungan kita bersama, adakah mahu terus leka atau mula untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita di Malaysia semestinya berasa bersyukur kerana kita di jauhi dari gempa bumi yang sentiasa melanda negara jiran kita Indonesia.

____________________________________________________________

25 September 2009

PUASA ENAM SYAWAL

Dua jenis amalan menentukan peribadi seseorang Muslim iaitu amalan wajib dan amalan sunat. Wajib bermaksud sesuatu yang dituntut untuk melakukannya dan berdosa jika ditinggalkan seperti solat fardu, puasa pada Ramadan dan membayar zakat.

Sunat pula bermaksud sesuatu yang dianjurkan untuk melakukannya dan tidaklah berdosa jika ditinggalkan. Antara contoh amalan sunat ialah solat, mengucapkan amin apabila membaca fatihah dalam solat dan banyak lagi.

Walaupun meninggalkan amalan sunat tidaklah menyebabkan berdosa, ia adalah amalan sangat disukai Allah.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah berfirman yang maksudnya: "Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hamba-Ku sentiasa bertaqarrub dirinya kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan jika ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungi." (Hadis riwayat Al-Bukhari)


Antara ibadat sunat yang amat digalakkan selepas puasa wajib Ramadan ialah puasa enam hari semasa Syawal. Persoalannya, bilakah waktu terbaik melakukannya, dan bagaimanakah cara untuk menunaikannya jika puasa wajib belum lagi diganti atau diqada?

Puasa enam hari pada Syawal sebenarnya amat besar ganjaran yang ditawarkan Allah. Ia disebut secara jelas oleh Rasulullah SAW.

Dilaporkan daripada Abu Ayyub al-Ansari bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa berpuasa sepanjang Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seakan-akan dia berpuasa selama satu tahun." (Hadis riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Ini bermakna dengan berpuasa sunat selama enam hari pada Syawal selepas berpuasa wajib pada Ramadan, seolah-olah mereka berpuasa sepanjang tahun.

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah telah menggandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Puasa Ramadan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari Syawal yang menggenapkannya satu tahun." (Hadis riwayat An-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Hadis ini mempamerkan bahawa ganjaran diberikan Allah itu sepuluh kali ganda. Ini bermakna jika kita berpuasa selama 30 hari pada Ramadan, maka digandakan menjadi 300 hari, manakala puasa enam hari pada Syawal digandakan menjadi 60 hari. Ganjaran Allah adalah sebanyak 360 hari.

Persamaan yang lain, jika berpuasa selama sebulan pada Ramadan akan menyamai 10 bulan, kemudian diikuti puasa selama enam hari pada Syawal akan menyamai dua bulan. Justeru genaplah berpuasa selama setahun.

Ada dua pendapat ulama mengenai hal ini. Majoriti ulama berpendapat, puasa enam dilakukan secara berturut-turut selepas Hari Raya. Ia dimulai pada hari raya kedua dan seterusnya sehingga genap enam hari. Sebahagian ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.

Justeru, kita mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan sama ada melakukannya secara berturut-turut ataupun berselang seli.

Bagaimanakah pula kaedah menunaikan puasa sunat pada Syawal jika puasa Ramadan masih belum diganti atau qada? Persoalan itu juga mempunyai beberapa pandangan. Pendapat pertama mengatakan adalah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat hanya puasa qada pada Syawal. Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.

Pendapat kedua ialah jika seseorang melakukan kedua-duanya secara berasingan akan mendapat kelebihan di sisi Allah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah, maka memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan antara yang wajib dengan sunat lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba.

Ada juga ulama berpendapat bahawa puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadan akan datang.

Lakukan ibadat sunat ini sama ada berpuasa secara berturut-turut atau berselang-seli. Begitu juga dengan puasa qada. Lakukanlah sama ada secara digabungkan puasa enam dengan puasa qada ataupun secara berasingan.

Terpulanglah kepada diri kita sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing. Hal ini kerana ganjaran ditawarkan Allah amat besar. Ia juga adalah tambahan kepada kekurangan yang diimbangi oleh zakat fitrah.
________________________________________________

18 September 2009

AIDILFITRI - Antara Ibadah dan Adat

Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang kembali. Ia disambut berulang-ulang pada tiap-tiap tahun dan disyariatkan oleh Allah s.w.t. untuk Umat Islam merayakannya. Ianya disambut menandakan kesyukuran Umat Islam di atas kejayaan mereka melaksanakan fardu puasa sepanjang bulan Ramadan dan menandakan kemenangan mereka dalam perjuangan menahan hawa nafsu dari perkara-perkara yang ditegah di dalam bulan puasa.
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, pertama kegembiraan ketika mereka berbuka dan kedua kegembiraan mereka ketika bertemu dengan Tuhannya yang Maha Pemurah.”

Umat Islam merayakan Hari Raya ini dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai jenis amal bakti yang diredai oleh Allah s.w.t. di antaranya sembahyang Hari Raya, ziarah menziarahi di antara sesama mereka, bersedekah dan lain-lain lagi.

Kemuliaan Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadisnya. Oleh kerana itu kita Umat Islam amat digalakkan untuk menghidupkan Malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban. Sehubungan dengan ini Allah berfirman di dalam Al Quran, ertinya: “Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.”

Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda “Barangsiapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang kafir yang ingkar pada hari kiamat.”

Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara yang disyarakkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah SWT hasil daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di bulan Ramadhan. Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa dengan seburuk-buruk balasan.

Terdapat juga hadis-hadis yang lain yang menceritakan tentang menghidupkan malam Hari Raya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang bermaksud: “Barangsiapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir.”

Umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid sebagai bersyukur kepada Allah bersempena dengan hari yang mulia itu. Ini diterangkan di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Maksudnya :"Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.” dan daripada Anas r.a.:"Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.”

Walaubagaimanapun kekeliruan terhadap Aidil Fitri di kalangan umat Islam menyebabkan hari ibadah sudah bertukar menjadi tradisi, hampir menyamai tradisi kaum lain yang menyambut hari raya mereka yang merupakan pesta atau majlis hiburan.

Marilah kita hidupkan malam Aidil Fitri dengan ibadah bukan dengan gelaktawa dan hiburan. Bergembira di hari raya selalu disalah ertikan. Kita sepatutnya gembira dengan menunjukkan kesyukuran dan membesarkan Allah dengan takbir dan tahmid. Bukan dengan muzik dan bunyian mercun.

Bagi meyambut hari kebesaran ini, ramai yang bertakbir tetapi tidak ramai yang berusaha menghayati lafaz-lafaz dalam takbir dan tahmid itu walaupun diulang-ulang setiap kali tibanya hari raya. Penghayatan dan kemanisan lafaz-lafaz itu tidak dapat dirasai.
Maksud takbir :

"Allah maha besar. Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan yang menyekutukan Allah. "

"Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa yang benar janji-Nya, yang memuliakan tentera-tenteraNya (tentera Muslimin) yang menolong hamba-Nya (dengan) mengalahkan tentera Ahzab (tentera bersekutu yang diketuai oleh kaum musyrikin serta kaum Yahudi dan Nasrani) dengan keesaan-Nya."

"Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar Allah Yang Maha Besar dan untuk Allah-lah segala puji-pujian."

________________________________________________

16 September 2009

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN DAN BERBUKA PUASA

Pada 11 September 2009 bersamaan dengan 21 Ramadhan 1430H Pihak HIKMAH Bahagian Sibu telah mengadakan majlis penyerahan sumbangan kepada saudara kita di sekitar bandar Sibu dan majlis berbuka puasa. Majlis tersebut telah diadakan di dewan mini di Masjid An-Nur (Masjid Bahagian Sibu). Seramai 22 orang saudara kita yang layak menerima sumbangan tersebut dan sumbangan telah diserahkan oleh Pengerusi HIKMAH Bahagian Sibu encik Kameri Bin Meraf dan disaksikan oleh Pegawai Dakwah dari Ibu Pejabat HIKMAH Kuching iaitu Tuan Hj. Abd Rahman. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi HIKMAH Cawangan Sibu, encik Nur Azman Yaakub,pegawai HIKMAH zon tengah , Ust. Amir Bin Abdullah, daie HIKMAH Bahagian Kapit Ust. Fazli, AJK HIKMAH Bahagian / Cawangan Sibu dan guru-guru Tadika Islam NurulHidayah HIKMAH Sibu. Sumbangan tersebut merupakan sumbangan dari pihak ibu pejabat HIKMAH yang disalurkan kepada HIKMAH Bahagian Sibu untuk di agihkan kepada saudara kita yang layak demi meringankn beban mereka sempena dengan sambutan Hari Raya yang akan menjelma tidak lama lagi. Majlis tersebut diteruskan dengan berbuka puasa di Masjid An-Nur dan solat Magrib berjemaah.
_____________________________________________

08 September 2009

MALAM LAILATUL-QADAR

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah s.w.t . Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat.
Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Qadr : 3 :-
“Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu malam”
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w:-
“Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu”
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya.
Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan :
“Rasulullah s.a.w berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain”
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. Bersabda :-
“Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil”
Pendapat yang kuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul-Qadar adalah pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, “Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula adalah pada malam 27 Ramadhan, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya”.
Daripada riwayat Mu'awiayah :-
“Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda malam Lailatul-Qadar iaitu malam ke-27”
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang menguatkan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu jatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibn Umar r.a :-
“Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27”
Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah, katanya, “Ya Rasulullah s.a.w andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan ? Rasulullah s.a.w lalu berdoa dengan doa :-
“Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku”.

Semoga dengan kedatangan 10 akhir Ramadhan tahun ini kita berusaha menambah amalan kita untuk mencari malam Lailatul-Qadar yang dijanjikan Allah kepada umatnya dengan pahala yang berlipat kali ganda.

___________________________________________

04 September 2009

NUZUL AL-QURAN

 Pada 07 September 2009 bersamaan dengan 17 Ramadhan 1430H adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul Al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.
Firman Allah:
“Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).” (Al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai AL-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Al-‘Alaq:1-5)
Semoga dengan kehadiran Nuzul Al-Quran tahun ini akan dapat menambahkan keimanan kita kepada Allah  dengan membaca dan mengamal apa yang terkandung dalamnya.

_______________________________________________

07 August 2009

RAMADAN YANG DI NANTIKAN


Assalamualaikum wrb.beberapa hari sahaja lagi kita umat Islam akan meyambut bulan ramadan,segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam yang tidak diragu kan lagi penciptaannya setiap mahluk di permukaan bumi, hanya kita saja yang sering lalai dan mudah lupa bahawasanya kita akan kembali menemuiNya dalam keadaan rela atau terpaksa.Saudara muslimin dan muslimat, dengan rahmat dan ehsan Allah yang maha penyayang Beliau masih meminjamkan sisa-sisa kehidupan kita yang sepatutnya kita tumpukan untuk beribadah kepada Nya dan mengajak setiap mahluk di permukaan bumi ini tunduk dan patuh kepada Allah,namun sayang,kebanyaknyakan nya manusia sering tersilau dengan kegemerlapan sinar patamorgana dunia yang kenikmatannya amat di maklumi hanya sementara.....

NAH!!!!! RAMADAN MENJELANG KEMBALI.. Mari lah kita sama-sama menadah tangan yang begitu kerdil dan tiada nilai di sisi Allah ini semoga dengan rahmat inayah Allah yang tiada tandingan kekuasaan Nya memohon agar RAMADAN ini dapat menjadikan titek permulaan semula ketundukan dan ketaqwaan kita agar menjadi muslim yang kamil dan terus istiqomah dengan iman...


Kesempatan ini juga kami dari HIKMAH SIBU mengucapkan selamat menyambut RAMADAN AL-MUBARAK kepada semua pembaca blog Hikmah Sibu.

04 June 2009

MeRaSaI KeMaNisAn IMAN....



Dalam kehidupan setiap umat telah diberikan nikmat iman oleh Allah swt. Dalam mencari kedamaian dan keharmonian hidup seharian,sebagai umat Islam kita mestilah mempunyai prinsip yang murni dan sihat. Tingkatan kenikmatan dan kemanisan iman yang dikecapi oleh seseorang bergantung kepada prinsip hidupnya iaitu kasih kepada Allah dan Rasul-Nya mengatasi segala-galanya disamping kasih kepada manusia,dengan tujuan menuntut keredhaan Allah dan benci kepada kekufuran.


Sebagai manusia yang beriman,perkara kekufuran tidak seharusnya berlaku dalam kehidupan di dunia ini.Manusia yang tidak beriman akan selalu lupa kepada nikmat ciptaan Allah terhadapnya. Manusia yang tidak bersyukur akan menjadi kufur dan lupa akan tujuan mereka dihidupkan di dunai ini sebagai khalifahNya. Rasulallah saw menjelaskan dalam sabdanya yang bermaksud:


”Tiga perkara menyebabkan terasa kemanisan iman,Allah dan Rasul-nya hendaklah dicintai lebih daripada yang lain,mencintai manusia kerana Allah semata-mata dan benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya seseorang jika dicampakkan ke dalam api neraka”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Begitu tingginya tahap kemanisan iman yang harus dicapai setiap umat Islam. Mukmin tersebut akan merasai betapa bahagianya hidup menjadi umat Islam yang beriman dan berada dalam ketenangan dan kedamaian,merasai keinginan dan kelazatan lidahnya dengan berzikir mengingati Allah swt. Al-Quran pula sebagai petunjuk yang sentiasa mendidik dan memberi pengajaran kepada semua manusia untuk dapat membentuk keimanan yang sempurna.


Pendidikan iman manusia diterapkan sejak manusia mengenal perkara baik dan buruk. Iman mendidik manusia mengenal dan meyakini adanya perkara-perkara ghaib yang wajib dipercayai melalui rukun iman seperti percaya kepada hari akhirat,qada dan qadar seta syariat Islam. Keimanan antara lain memberi keyakinan bahawa manusia memerlukan pertolongan Allah dalam segala urusan duniawi dan ukhrawi. Iman memberi peringatan mengenai hukum Allah dan kewajipan mentaatinya.


Iman mendidik manusia supaya mencintai Allah dan Rasulullah serta keluarganya(Ahlu Al-bait) dengan membiasakan diri dengan membaca al-quran. Iman memberi motivasi dengan semangat untuk terus tekun berusaha,supaya manusia tidak bergantung kepada takdir semata-mata untuk mencapai kejayaan hidup. Melalui iman yang mantap,ia akan mengingatkan manusia supaya tidak melupakan kepentingan hidup di akhirat ketika hidup di dunia ini. Firman Allah swt yang bermaksud;


”Dan carilah apa-apa yang dikurniakan Allah kepada(kebahagiaan)akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagian dari(nikmat)dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik terhadapMu” (Al-Qasas:77)


Iman merupakan faktor paling penting yang mendidik dan membentuk sahsiah manusia yang teguh dan berakhlak mulia,berakal budi murni serta memperlihatkan teladan yang baik.

01 May 2009

Ucapan Takziah


~ UCAPAN TAKZIAH ~Seluruh warga HIKMAH BAHAGIAN SIBUmengucapkan takziah kepada Pehin Seri Hj Abdul Taib Mahmud atas kembali ke rahmatullahnya isteri beliau, Puan Seri Laila Taib.Semuga rohnya dicucuri rahmat.~ AL-FATIHAH ~

17 April 2009

TaWaRaN SyUrGa........




TAWARAN SURGA
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”. (Al-Ahzab:21)


Ketika Allah SWT mengutus Rasul-Nya, Muhammad-saw-, suku kaum-suku kaum yang sebelumnya berpecah belah, menyatu kembali. permusuhan antar kabilah dan kelompok dalam masyarakat, tiada lagi.


Lahir dari masyarakat jahiliyah, umat terbaik, khairu ummah. Umat yang satu, yang lahir di atas asas-asas keimanan, asas-asas akhlaq mulia.Umat yang hidup di atas asas-asas kemerdekaan sebagai hamba kepada Allah sahaja. Umat yang mengambil contoh tauladan dari Rasulullah saw. Dalam menjalani kehidupan mereka.


Sesungguhnya akhir umat ini tidak akan menjadi baik dan shaleh, melainkan dengan melakukan apa yang telah dilakukan oleh generasi awal umat ini, salafus shaleh.

Mereka telah dididik oleh Baginda saw dengan ayat-ayat al Quran yang diwahyukan Allah kepadanya, mereka menerima al Quran sebagai aturan dan panduan hidup untuk mereka ikuti serta merta. Mereka pelajari al Quran untuk mengetahui apa yang Allah mahu mereka buat dengan ayat-ayat itu, lalu mereka pun melaksanakannya.

Ketika al Quran sempurna diturunkan, diri-diri mereka menyatu dengan al Quran, laksana al Quran yang berjalan mencontohi keperibadian pemimpin mereka iaitu Rasulullah saw.


Mereka hidup, untuk menyebarkan rahmat Islam, mereka sedar, bahawa diri mereka dilahirkan, bukan setakat untuk kesenangan mereka, tetapi untuk kebaikan manusia keseluruhannya. Allah sebut mereka dalam al Quran:


“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.” (Ali Imran:110)


Krisis paling serius yang terjadi saat ini ialah krisis keteladanan; keteladanan yang baik dan shaleh di tingkat masyarakat, bangsa dan juga antarabangsa.

Maka, sangat-sangat diperlukan usaha melahirkan individu-individu yang baik dan shaleh, kemudian, masyarakat yang baik dan sholeh dan seterusnya, bangsa, bahkan kesatuan bangsa-bangsa, yang baik dan shaleh.

Jika terjadi kekosongan yang panjang pada masalah ini, maka akan menjadi ancaman bagi keutuhan umat dan kemanusiaan sejagat, dimana masyarakat akan menjadi korban dari keruntuhan dan kegagalan sistem yang ada dan pada akhirnya manusia akan berpaling dari Allah SWT. Dan itulah hakikat kemusnahan.

Setiap muslim mempunyai kewajipan untuk meneladani Rasulullah saw dalam berbagai aspek kehidupan mereka, bila-bila masa dan dimana sahaja mereka berada.Allah telah berfirman:Katakanlah:


“Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah akan mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Ali ‘Imran/3:31)


Rasulullah saw bersabda:


“Setiap umatku akan masuk surga, kecuali yang enggan. Baginda ditanya: “Siapakah orang yang enggan itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Siapa yang mentaatiku ia akan masuk surga dan siapa yang mendurhakaiku bererti ia telah enggan.

"Selain itu Allah menjanjikan kejayaan di dunia dan akhirat bagi sesiapa yang mahu berjuang mengikuti jejak Rasulullah saw.


“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. (As-Shaff:10-13)

(Ustz.Ali Fathullah Harun )

26 March 2009

HIKMAH MENYANTUNI ANAK-ANAK

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya" Demikianlah peribahasa Melayu yang sering kita dengar. Mengambil pendekatan inilah pihak Helwa HIKMAH Sibu menyantuni anak-anak muslim di sekitar Sibu. Pada 15 Februari yang lalu program Aulad telah di adakan di kawasan Masjid An-Nur, Sibu. Di antara pengisian aktiviti program Aulad ialah sukanika, mewarna, pentandingan surah-surah pendek, Cerita kisah-kisah Nabi dan sembahyang beramai-ramai. Di antara Objektif program ini adalah untuk mendedahkan anak-anak Muslim dengan Akhlak yang mulia selain dari mengisi masa lapang anak-anak dengan aktiviti yang berfaedah.














23 March 2009

MenCaRi KeTeNaNgAn


Friday, March 20, 2009

MENCARI KETENANGAN“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas dan diridhai-Nya. Masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam surga-Ku.” (Maksud firman Allah S. al Fajr: 27-30)


Perkara-perkara yang belum terjadi, tidak perlu difikir sangat, kerana ia akan membuat jiwa dan fikiran menjadi risau, bukan itu sahaja, bahkan ia boleh menjadi laluan bagi syaitan menghakis dan menggoncangkan iman.

Seperti berangan-angan mengenai keperluan makan minum untuk hari esok, untuk bulan hadapan atau tahun hadapan dll.


Ketahuilah! jika engkau telah berusaha sungguh-sungguh, dan itu baik untukmu, Allah pasti akan menolongmu, sesungguhnya Dia tidak ingkar janji.Rasulullah saw bersabda: “Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, niscaya Dia akan memberI kalian rezki sebagaimana Allah selalu memberi burung rezki, yang keluar di pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali dengan perut kenyang.

(HR. Tirmizi)


Allah berfirman: “Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah maka Dia akan mencukupi keperluannya,” (QS. Al Thalaq:3)


Keyakinan sebegini perlu dalam usaha manusia mendapatkan ketenangan jiwa, ketenangan yang menjadi asas kepada tumbuh suburnya perasaan bahagia dalam hidup, dan semua orang ingin memiliki jiwa yang tenang itu.


Seseorang itu merasa tenang kerana memiliki kebebasan. Ia tidak terbelenggu, kerana ia dekat dengan Tuhannya (Tuhan Yang menghidupkannya, Yang memberinya rezki, Yang mematikannya, yang akan menghisabnya, yang akan membalas segala amalnya, Yang menyediakan surga bagi hamba-hamba-Nya), kerana ia sentiasa menempuh jalan-Nya, dan menerima segala qadar dan ketentuan-Nya. Ia seorang yang merdeka.


Seseorang itu merasa tenang kerana, selain memiliki kebebasan ia juga memiliki kelapangan. Ia lapang hati, jiwa dan fikiran di masa suka, juga di masa duka. di masa lapang dan juga di masa sempit. Lapang ketika mendapat apa yang ia inginkan, juga ketika dihalang dari mendapatkannya.


Ia seorang yang memiliki kemerdekaan dan kelapangan, tanpa ragu, tanpa menyimpang, tanpa terombang-ambing dan tanpa rasa takut.


Rasulullah saw. pernah bersabda: “Katakanlah: “Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu jiwa yang tenang bersama-Mu, jiwa yang meyakini pertemuan dengan-Mu, yang ridha atas ketentuan-Mu dan puas atas pemberian-Mu.” (Diriwayatkan oleh al Hafizh ibnu Asakir dalam biografi Rawahah binti Abi Amr al Auza’I dengan sanadnya dari Abu Umamah)


“Fikirkan apa yang mesti engkau perbuat untuk Allah, bukan memikirkan apa yang Dia akan beri untukmu”


.Segala kerisauan dalam jiwa yang timbul dari angan-angan tentang masa hadapan yang belum pasti, boleh diobati dengan beberapa langkah berikut:


1. Banyak mengingti Allah.

2. Istiqamah dalam mengabdi diri kepada Allah.

3. Sedari bahawa Allah mencukupi segala keperluan makhluk.

4. Sedari bahawa dunia adalah persinggahan sementara, akhirat adalah tempat kembali yang abadi

.5. Ingat! Sebagai hamba, kita diciptakan untuk satu tujuan iaitu mengabdi kepada Allah.

6. Berserahlah kepada Allah niscaya Dia akan mencukupi keperluanmu.

7. Jadikan takwa itu pakaian hidup.

8. Usaha itu ibadah, hasil serahkan kepada Allah Yang Maha menentukan rezki, ajal dan baik buruk nasib kita.

9. Jangan kedekut dengan doa kepada Allah.

10.Segala apa yang menimpa kita adalah suratan takdir, iringi dengan kesabaran di sana ada pahala.

(Oleh : Ustaz ALi Fathullah Harun )

19 March 2009

SINARAN HIDAYAH DI ULU KOTA

Nun jauh di pendalaman pekan Pakan,daerah Sarikei,Ulu kota nama yang agak asing bagi kita,hatta bagi masyarakat Sarawak sekali pun, 4 jam perjalanan dari Bandar sarikei,yang hanya boleh di lalui kenderaan empat roda.Di situ lah terdapat empat buah keluarga Muslim berketurunan Iban,yang berjumlah keseluruhannya tiga puluh lebih orang.Berbekalkan kalimah SYAHADAH empat tahun yang lalu ketika beliau bekerja di Kuching Mohd Azhar bin Abdullah serta Isteri dengan GIGIH menyampaikan kalimah tersebut dengan keluarga terdekat dan jiran-jiran nya di rumah panjang tempat tinggal beliau Ulu kota,alhamdulillah dari sebuah keluarga (keluarga Azhar) menjadi empat keluarga. Pada mulanya Saudara Azhar serta Isteri tinggal di rumah panjang asal mereka dan mengislamkan beberapa keluarga yang lain di bantu oleh Dai'HIKMAH Kuching,Sarikei dan Sibu.Setelah mengislamkan beberapa keluarga Saudara Azhar agak kurang selesa tinggal di rumah panjang yang mana kehidupan harian bercampur dengan keluarga yang Non Muslim,maka dengan niat mengislahkan IMAN saudara Azhar bertekad untuk tinggal berasingan walaupun dengan keadaan yang serba dhaif, agar selesa untuk menjalankan aktiviti harian dan beribadah.Untuk itu sesiapa yang ingin menyumbangan untuk kebajikan saudara seiman di samping beramal jariah boleh lah berhubung dengan Ustaz Mohd Amir Redhuan Abdullah.hp:0198643076,Pegawai Wilayah Tengah HIKMAH. (Gambar di atas saudara Azhar serta Isteri dan gambar-gambar di bawah tempat tinggal yang baru Saudara seiman kita setelah berpindah dari rumah panjang asal mereka",berat mata memandang berat lagi bahu memikul"

































































08 March 2009

Ceramah Sambutan Maulidur Rasul di Surau Darul Iman Bougen Villa,batu 8,jalan Oya,sibu

Memeriahkan suasana Maulidur Rasul 1430 Hikmah Cawangan Sibu mengadakan Ceramah Agama di Surau Darul Iman Bougen Villa Batu 8,jalan Oya Sibu,yang di sampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hj.Fadeli bin Kipali pegawai Hikmah Bahagian Kapit.Beliau mengulas perjalanan serah Rasulullah secara ringkasnya dari keturunan datuk Rasulullah sehingga beliau diangkat menjadi Rasul.Al-Fadhil Ustaz mengingatkan hadirin betapa perlunya kita sebagai umat Islam memahami serah Rasul memandang beliau ada contah teladan yang baik bagi kita yang di jelas kan oleh Allah dalam Al-Quran.Demikianlah di antara aktiviti Dakwah Hikmah Cawangan Sibu pada masyarakat.Semoga kita sentiasa istiqomah dalam meneruskan aktiviti-aktiviti dakwah iaitu menyampaikan risalah yang di bawa oleh Muhammad kepada masyarakat Islam.