20 August 2010

IHya Ramadhan Bersama Pemimpin HIKMAH

Program Ihya Ramadhan bersama Pemimpin HIKMAH telah diadakan pada 20/08/2010 @jam 6.00 petang di Kampung Darul Falah, Sungei Gamuan, Bintangor. Tetamu kehormat yg turut hadir dalam majlis tersebut adalah Y.Bhg. Tan Sri Datuk Amar Hj. Aziz bin Dato' Hj. Husain. (Yang DiPertua HIKMAH) serta ronbongan dari ibu pejabat HIKMAH Kuching. Majlis telah di mulai seawal jam 6.00 petang dengan kehadiran penduduk kampung tersebut dan beberapa tetamu lain seperti Pengerusi Hikmah Sibu, Sarikei ,Meradong dan pihak JAKIM Sibu. Majlis dimulai dengan berbuka puasa dan solat magrib berjemaah. Tazkirah telah disampaikan oleh Dr. Awang Ismail, Pengerusi HIKMAH Cawangan Sarikei sebelum solat isyak dan sunat tarawih. Selepas solat sunat tarawih ucapan amanat dari Yang DiPertua HIKMAH dan seterusnya majlis penyampaian sumbangan kepada penduduk Kampung Darul Falah. Alhamdulillah majlis berjalan dengan jayanya dan berakhir pada jam 10.00 malam.

Gambar sekitar majlis Ihya Ramadhan Bersama Pemimpin HIKMAH
Penduduk Kampung yg hadir
YDP HIKMAH
Mendengar tazkirah Dr. Awg Ismail
Dr Awang Ismail sedang memberi tazkirah
Memberi sumbangan kpd penduduk
Antara penduduk dan tetamu yg hadir
Berbuka puasa bersama YDP HIKMAH
YDP HIKMAH menyampaikan sumbangan

No comments: