15 January 2010

Meniti realiti kehidupan....


  Assalamualaikum,wrt.
             Kaum muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekelian,sedar atau pun tidak masa terus berlalu tanpa menunggu kita,sama ada kita dalam keadaan yang sepatutnya sebagai seorang muslim atau pun sebaliknya,Kita telah pun melalui Tahun Hijrah 1431.
           Kita masih juga sebuk dengan urusan masing-masing yang menurut persepsi kita itu lah keutamaan,begitu juga blog ini agak lama tidak di update mungkin seperti yang ana kata sebuk tiada pernah henti mengikut persepsi kita masing-masing.

Namun muslimin dan muslimat,ikhwah dan akhwat yang ana kasihi sekelian,perlu kita merenung sedikit sebanyak di celah-celah kesibukan kita, untuk apa tujuan kita wujud di permukaan bumi ini?sekali lagi  mungkin mengikut persepsi kita masing-masing wahai ikhwah dan akhwat fillah.Andai kita mengatakan kita sebagai seorang muslim,tanpa ada alasan atau persepsi lain bahawa kejadian kita di muka bumi ini hanya untuk mengabdi diri kepada Allah swt. ya Akhi wa Ukhti sekelain.
  fitrman Allah:
        Tidak ku jadi kan jin dan manusia selain untuk beribadah pada KU
                                         (Az-Zariat :56)
Nah,saudara-saudara sekelian tanpa ada alasan, kalau kita YAKIN dan BERIMAN kepada ALLAH dan HARI AKHIR,apa kah wajar kita menyibukkan diri kita dengan urusan-urusan lain selain dari urusan untuk membesarkan Allah dalam kehidupan kita seharian.Atau kita terlena,terlupa,dengan tugas-tugas rutin harian kita menyebabkan kita tersasar dari tujuan sebenar kita dihidupkan di muka bumi ini mengabdikan diri pada Allah swt.Andai kita terasa bahawa kita telah tersasar dari tujuan sebenar kita,berusahalah mencari puncanya yang kita telah lari dari tujuan hidup kita.kembali lah mendekatkan diri pada Allah dengan amalan-amalan fardi,perbanyakkan solat-solat sunat,puasa-puasa sunat,yang terutama sekali baca Al-Quran dengan terjemaah dengan kerap,dengan bacaan Quran serta terjemaah kita akan dekat dengan ayat-ayat Allah.
           Selain amal-amal fardi sibukkan diri kita juga dengan aktivit-aktivi keagamaan dengan saudara-saudara muslim kita agar kita sering mendapat peringatan agar kita tidak tersasar jauh dari landasan.Masa berlalu saudara,usia kita makin meningkat,kalau nak diikutkan usia sepatutnya kita hanya duduk beramal untuk saat kematian kita atau untuk persediaan hari akhirat,Tahu kah saudara apa kah amalan yang afdhal sepatut nya kita usahakan di sisa-sisa usia kita yakni sebagai amalan soleh?Menyibukkan diri kita dengan menyeru kepada yang maaruf dan mencegah yang mungkar.dengan segala ilmu dan skil yang ada pada diri kita menfaat keseluruhan nya untuk amal yang AFDHAL di sisa usia kita ini.InsyaAllah kita akan mendapat kepuasa dunia dan akhirat.
Oleh demikianlah saudara blog ini di wujudkan untuk menunaikan tanggung jawap kita sama-sama sebagai amar maaruf nahi mungkar pada masyarakat,dangan harapan menjadi amal soleh dan mendapat redha Allah.
Mohon kemaafan kerana lama tidak di update.

08 December 2009

DAGING KORBAN



 Sapi yang telah di sembelih


 YB Awang Bemee menyampaikan daging korban kepada
salah seorang pemerima

Pada tahun ini HIKMAH Sibu telah menjalankan aktiviti korban semperna sambutan Hari Raya Haji / Korban. Kita telah diberikan 3 ekor sapi masing-masing oleh YB Awang Bemee Awang Ali Basah (1 ekor) dan Datuk Temenggong Hj Wan Hamid Endruce(2 ekor). Majlis penyembelihan telah dijalankan di perumahan Sibu Jaya pada hari sabtu 28/11/09. Sebanyak 2 ekor sapi telah disembelih pada hari tersebut dan daging sembelihan telah diagihkan kepada saudara kita di sekitar kawasan perumahan Sibu Jaya. Majlis penyerahan agihan telah dilakukan oleh YB Awang Bemee. Pada 30/11/09 pula kita telah mengadakan penyembelihan yg kedua dimana seekor sapi telah kita sembelihkan. Majlis penyembelihan telah dilakukan di perkarangan Masjid An-Nur (Masjid Bahagian Sibu). Semua daging sembelihan telah diagihkan kepada saudara kita yang tinggal di sekitar kampung Sentosa, Jalan Salim, Sibu. Majlis penyerahan agihan telah dilakukan oleh Pengerusi HIKMAH Bahagian Sibu iaitu Encik Kameri Bin Hj. Meraf. HIKMAH Sibu berharap semoga majlis seperti ini boleh merapatkan lagi ukhuwah di antara warga HIKMAH dan penduduk di tempat tersebut terutama saudara kita dengan mengadakan majlis korban ini secara bergotong-royong.


Pengerusi HIKMAH Bahagian Sibu Encik Kameri
menyerahkan daging korban kepada pengerusi saudara kita
dari kampung Sentosa, Salim.


Ustaz Mohd Amir mencuba bakat dalam memotong
daging korban


Gotong-royong memotong daging korban


Berat juak paha sapi tok ehh...


Orang yang berpengelaman dalam memotong daging


 Gotong-royong adalah amalan orang-orang kita
 dari dulu hingga sekarang


Menimbang dan membungkus daging korban untuk
di agihkan kepada menerima


Isik jak dalam plastik daging korban ya....hehehe...
___________________________________________

18 November 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH

Tadika Islam Nurul Hidayah HIKMAH Sibu telah mengadakan Majlis penyampaian Sijil dan Hadiahnya pada 15 November 2009 bersamaan 27 Zulkaedah 1430H jam 09:00 pagi di Dewan Auditorium RTM Sibu. Majlis tersebut telah di rasmikan oleh Ustaz Saidal Bin Mat, Penolong Penyelia Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Daerah Sibu. Bermacam-macam persembahan telah dipersembahkan oleh pelajar-pelajar Tadika Islam Nurul Hidayah HIKMAH Sibu dari pelajar tahun 4 sehingga ke tahun 6. Antara persembahan yang disembahkan oleh pelajar ialah : Hafalan surah-surah lazim, ucapan wakil pelajar oleh adik Izaz Rizqi bin Wahid, Pentomin, Nyayian dan Riadah. Acara kemuncak pada majlis tersebut ialah penyampaian sijil dan hadiah kepada graduan 2009. Jika anda ingin melihat / mengetahui dengan lebih lanjut lagi Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Tadika Islam Nurul Hidayah HIKMAH Sibu anda boleh berkunjung ke blog Tadika Hikmah Sibu di www.tadikahikmahsibu.wordpress.com atau anda boleh klik disini


Ucapan oleh wakil pelajar adik Izaz Rizqi bin Wahid


Ucapan aluan Pengerusi HIKMAH Bahagian Sibu Encik Kameri Bin Hj. Meraf


 Ucapan tetamu kehormat Ustaz Saidal bin Mat


 Persembahan Hafalan surah-surah lazim oleh pelajar kelas Bijaksana
_____________________________________________

03 November 2009

MUSIM HAJI TIBA LAGI




Haji adalah merupakan salah satu dari hukum Islam yang lima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim, lelaki dan perempuan apabila cukup syarat-syaratnya. Menurut jumhur ulama', fardhu haji mula diwajibkan pada tahun ke enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah yang bermaksud:
"Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"
(Surah Al- Baqarah ayat 196)
Dalam pada itu Ibnul Qaiyim menguatkan pendapat bahawa mulai diwajibkan haji itu ialah pada tahun ke sembilan atau ke sepuluh Hijrah. Sesiapa yang menafikan hukum wajib haji itu maka bererti kufur dan murtadlah ia dan terkeluar dari Agama Islam.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-
"Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan diantara mereka. Dan barang siapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari sekalian alam"
(Surah Ali Imran ayat 97)
Haji merupakan perlakuan ibadah umat islam yang mempunyai banyak simbolik yang dikemukakan kepada manusia dalam bentuk penonjolan diri, demostrasi atau perisytiharan, bukan menuntut sesuatu yang bersifat kebendaaan atau keduniaan, tetapi demontrasi untuk menyatakan tauhid dengan slogan dan laungan kalimah suci, Allahhu Akhbar, Allah Maha Besar, berulang-ulang kali dengan keyakinan dan ketaqwaan, pengakuan yang jelas dan tegas sekalipun kufur atau musyrikin tidak menyenanginya. 
 
Pengisytiharan tauhid yang jelas dan laungan yang tegas dilakukan serentak menyebut nama Allah, "Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak", dilaungkan bukan kerana sesuatu kekurangan, tetapi penyataan sesuatu ibadah dalam bentuk demontrasi menentang syirik, kezaliman dan kesesatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mentauhidkan Allah. 
 

Sikap dan pendirian yang tegas dalam perkara 'ubudiah yang menjadi ajaran para anbia' sejak zaman-berzaman perlu diisytihar dengan jelas supaya sekali-kali jangan terlibat dengan syirik atau tanghut. 
 
Sebaliknya hendaklah mengabdikan diri semata-mata kerana Allah - diri, pemikiran, fizikal, harta benda dan nawaitunya hanya semata untuk Allah. Segala bentuk kesesatan, syirik atau penyembahan system yang menuju ke arah taghut wajib dijauhi.


Islam tidak menuntut sikap bertindak balas terhadap pihak yang memesongkan akidah, tetapi bersikap Islam, kebaikan dan keamanan. Bagaimanapun, jika mereka sering dan terus berusaha menyelewengkan manusia daripada mentauhidkan Allah maka diwujudkan suatu amalan ibadah dalam bentuk demonstrasi terang-terangan bagi melawan kerja-kerja mereka yang sesat sekalipun orang-orang musyrikin, golongan kuffar dan munafiqun tidak menyenanginya. 
____________________________________________

26 October 2009

SUNGGUH KAH KITA DENGAN DAKWAH INI?

Bagaimana Anda Selepas Usrah?
Bila kita sama-sama melabuhkan tirai

Oleh: Hussaini KONSIS

"Usrah itu dimulakan dengan surah al-Fatihah"dan di akhiri dengan Kafarah al-Majlis dan surah al-Asr"

Begitulah tarbiyyah mengajarkan kita. Pembinaan ummah ini memerlukan lebih daripada 1 atau 2 atau 3 jam seminggu daripada seorang muslim itu. Pengorbanannya, untuk tajarrud ilallah, untuk meletakkan dalam dirinya, 100% untuk perjuangan ini, melebihi kepentingan peribadi pada setiap detik, hinggalah di saat-saat akhir itu. Hinggakan matinya juga diharapkan menguntungkan islam, seperti matinya ghulam dalam hadis ghulam ad-dakwah, tafsir kepada Surah al-Buruj.

Namun, ikhwah dan akhwat yang amat kucintai sekalian,

Tarbiyyah juga mengajar kita untuk mengikut marhalah (tahapan) perkembangan manusia dalam kita melahirkan 'full-timer muslim' itu. Ianya menuntut kita bersabar, membiarkan anak didik kita berkembang selari dengan masa, seumpama menunggu buah delima hijau bertukar warna.

Walaupun ia kelihatan sudah berseri-seri, jangan gopoh memetiknya. Terkadang, kita nampak buah delima itu sudah cukup kemerahan, terasa ingin sangat menganyangnya, merasai setiap biji delimanya, yang dibayangkan sudah merah ranum seperti kulitnya. Namun, jika kuning dan merah itu masih belum sebati di selaput luarnya, merekah di hujung kantungnya itu pun belum pasti, kita pasti akan kecewa, kerana hanya butir-butir mentah bakal menjadi santapan, tanpa kita mampu memperbaikinya kembali. Tanpa kita mampu untuk mengharapkan buah itu berkembang, menjadi buah yang kita impi-impi, mimpi-mimpikan selama ini...

Itulah yang digambarkan oleh As-Syeikh Hassan Al-Banna dalam risalahnya:

"Bukan dari golongan kami orang yang memetik buah sebelum masaknya."

Bekerja mengikut marhalah itu merupakan rahmat, dan jika sebaliknya, merupakan bala, gambaran amal yang sia-sia.

Jauh daripada bekerja mengikut konsep-konsep umum dakwah, apatah lagi mengikut keperluan marhalah ini, menyebabkan dakwah yang kita lakukan ini tidak ubah seperti majlis-majlis ilmu yang biasa. Dakwah kita yang sepatutnya penyeruan ke arah pembebasan daripada penghambaan sesama manusia ini, seringkali menjadi sekadar dakwah menyeru ke masjid. Tiada matlamat yang jelas. Tiada amal yang terarah. Tiada penguasaan bahan yang mantap. Tiada penyempurnaan dengan kemahiran bermain dengan hati-hati insani.

"Dakwah kita adalah segalanya", hanya tinggal kata-kata. Kerana akhirnya, kita hanya berusrah selama 1 jam, 2 jam atau 3 jam seminggu, tanpa merasakan ruh usrah dalam diri bermula tamatnya usrah. Kadang-kadang, apabila kita semakin tidak bersedia, kita lebih selesa jika keluar beramai-ramai dan mendirikan 'usrah makan'. Berkumpul di kedai-kedai mamak, borak-borak kosong, dan mendidik anak-anak usrah bercakap yang sia-sia. Kata mereka, "Itu lebih baik daripada tiada apa-apa". Dan kata mereka lagi, "Usrah bukan rigid dalam halaqah-halaqah itu sahaja".

Kataku,
"Benar dan salah". Benar, usrah itu tidak terbatas dalam halaqah-halaqah perbincangan itu semata-mata. Salah, kerana anda tidak akan berhasil apa-apa jika masih ingin bersenang-senang, bermalas-malasan begitu.

Hendak mengetahui hakikat usrah serta rukunnya? Mari kita bersoal jawab dengan Al-Quran:

Apa yang ingin dibincangkan dalam usrah, ya akhi?
"Sebagaimana Kami telah mengutuskan kepadany seorang rasul, (Muhammad) dari (kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu (Tazkirah: Tazkiyatul Nafs) dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Quran: Tafsir) dan Hikmah (Sunnah: Sirah dan Hadis), serta mengajarkan apa yangbelum kamu ketahui. (Taujihat dan Musykilah)" (Al-Baqarah 2: 151)
Selepas usrah, apa yang kita harapkan kita semua rasai?
"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku." (Al-Baqarah 2: 152)
Takutnya ana, ya akhi. Jika ada masalah dalam usrah, apa yang perlu ana buat?
"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah 2: 153)
Naqib itu Ubiquitous?

Kefahaman akan pentingnya sebuah perjumpaan yang sebegitu, dengan syarat-syarat sah usrah itu, memandu kita untuk lebih berdisiplin dalam membina rijal-rijal. Sama seperti khususnya pembinaan para sahabat rasulullah, bukan bidaah yang direka-reka. Allah sudah menyediakan templatenya, kita hanya sebagai pelaksana.

Kita tahu, bahawa, setiap minggu, usrah sebegitu wajib dilaksanakan. Dan ketahuilah sahabatku, perjumpaan setiap minggu itu akan menentukan komitmen anak-anak usrah pada minggu-minggu seterusnya. Ia akan menjadi penentu keterikatan anak-anak didik dengan saff dakwah ini. Hakikat kefuturan bermula di sini, sekiranya kita hanya mampu membuatkan mereka berfikir tentang islam, semasa halaqah kecil, sementara itu sahaja.

Disinilah letaknya kelemahan usrah-usrah di sekolah, yakni usrah-usrah yang diwajibkan, tanpa mengambil kira bahawa pelajar-pelajar itu merupakan potensi-potensi ummah yang layak membuat keputusan sendiri, kita sewajarnya hanya membimbing, bukan memaksa mereka. Gagalnya usrah kita, jika sang murobbi, hanya bertaut di hati tatkala usrah. Jika sang murobbi lansung tidak diingat mereka ketika dibaca doa rabithah. Kerana, pembinaan usrah tidak diasaskan dengan ukhuwwah islamiyyah yang menyejukkan perasaan. Aku pernah merasai kekeringan itu dahulu, yang mematikan hasratku untuk bertemu lagi dan lagi. Kita tidak sudi, jika perjumpaan kita itu mekar dengan cinta sesama saudara, yang akan melonjakkan semangat yang membara.

Sang Murobbi seharusnya menjadi umpama bakteria yang ubiquitous, berada di mana-mana sahaja. Dengan perasaan atau tanpa perasaan, mereka tidak serik-serik bertemu. Menyelesaikan permasalahan-permasalahan kecil, tindakan orang-orang bijak pandai, sebelum ia besar, lebih besar dari segala kebaikan mereka. Sang Murobbi sentiasa membakar tekad mad'u, agar mereka tidak larut dalam biah jahiliyyah, menjadi sebahagian dari penyumbang kekufuran. Berada bersama, mengingatkan mereka tentang kedamaian bersama islam, sehinggakan mereka merasakan, inilah biah dan suasana yang ingin mereka wujudkan dalam masyarakat mereka. Sudah tentunya semua ini tidak dapat dilaksana, jika taaruf tidak dilaksanakan dengan setelitinya.

Mad'u masih lagi Anonymous bagimu?

14 October 2009

GEMPA BUMI - Peringatan Dari Allah



Adakah kita sedar bahawa kita ini sebenarnya umpama telor di hujung tanduk sahaja. kenapa saya kata begitu? Ini kerana , jika kita lihat Struktur Bumi terdiri daripada tiga lapisan iaitu kerak, mantel dan teras. Teras bumi merupakan lapisan yang paling dalam dan terdiri daripada dua lapisan iaitu teras dalam dan teras luar. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam yang terdiri daripada sfera besi-nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500°C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer.

Kerak Bumi merupakan lapisan luar bumi paling nipis dan keras, ketebalan 5-40 km,sebahagian besarnya terdiri daripada batu granit

Mantel (teras luar) lapisan yang mengelilingi teras bumi, ketebalannya 2900 km, terdapat arus perolakan, suhu 3000°C

Teras bumi (core) terdiri daripada teras luar dan teras dalam, suhu 6000° C., kaya dengan nikel dan besi, tekanan tinggi

Jika kita lihat suhu di dalam bumi serta tekanan yang tinggi, maka sebenarnya di bahagian mana pun kita tinggal, kita tidak selamat. Ibarat telor di hujung tanduk itulah, jika terjatuh, pasti pecah. Kerak bumi itu ibarat kulit telor sahaja jika diukur dengan ketebalan bahagian mantel dan teras.Dalam bumi ini pula arus perolakan sentiasa berlaku dan berusahah mahu bebas menolak lapisan kerak bumi yang tidak stabil lalu terjadi lah gegaran dan gempa bumi.

Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.

Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.

Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang).


Waktu Gempa Bumi sama dengan ayat dan surah dalam Al-Quran 
Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): "(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutny a. Ini tentu sangat menarik.
Semoga penerangan ini bermanafaat untuk renungan kita bersama, adakah mahu terus leka atau mula untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita di Malaysia semestinya berasa bersyukur kerana kita di jauhi dari gempa bumi yang sentiasa melanda negara jiran kita Indonesia.

____________________________________________________________