03 February 2009

Berada Pada Jalan Ini...



Dalam antara kita yang ingin mengajak ke arah kebaikan,ada yang mungkin akan tumpas atau pun dengan kata lainnya berhenti dari medan da`wah.seperti mana Ustaz Hassan Hudaybi menyatakan:
Da`wah ini akan berjalan dan bergerak sama ada dengan kita atau tanpa kita. Seorang aktivis da`wah tidak perlu sedih sekiranya tidak nampak hasil.Allah melihat usaha kita. Pengasas empayar Rom tidak sempat melihat kejayaan nya kerana Rom itu terbina dalam masa yang lama. Kalau sang pengasas itu juangnya semata-mata untuk melihat hasil daripada usaha itu berada dalam hayatnya,maka usahanya mungkin sekali usaha yang tergopoh gapah tanpa perancangan yang kukuh.
Sahabatku,Usaha anda mungkin tidak akan nampak hasilnya dalam hayat kita ini.Tetapi inshaallah akan membawa hasil.kerana jalan yang kita bawa adalah kesinambungan jalan Rasulullah dan para salafussoleh. Bukankah dalam surah Al-Fussilat ayat ke 33 Allah mengungkapkan
“Siapakah yang paling baik seruannya berbanding orang yang mengajak kepada Allah”.
Sahabat,Dalam menjalani hidup,kita tidak akan lari daripada segala jenis cabaran. Al Quran sendiri perlu kita kaji dimana dinyatakan
“Adakah manusia itu menyatakan dirinya beriman sedangkan dia belum lagi diuji?”.
Maka ujian dan cabaran itu adalah penyukat terhadap kita. Sebagaimana kita mahu mendapatkan kualiti ISO atau SIRIM pun sesuatu produk itu perlu diuji, kita juga merupakan produk. Produk seorang Muslim untuk diuji sama ada kita ini seorang Mu`min sejati atau bukan.ada pepatah asing mengatakan, “Tea shows it flavor in hot water“.
Maka dapat kita ambil pengajaran bahawa dalam cabaran itu,kita mampu membina diri kita dan mencari serta memperbaiki kelemahan diri. Anda bayangkan tentang pedang.Diciptakan pedang itu dari besi.yang dipanaskan dan ditempa dengan ketukan untuk menempanya.Lalu menjadi pedang yang tajam yang berguna.Begitu juga manusia. Anggap saja manusia ini sebagai besi yang belum ditempa.Ketukan dan kepanasan yang amat tinggi itu adalah cabaran bagi kita.dan produknya adalah seorang Mukmin yang berkualiti.Yang bukan sahaja baik pada akhlak dan imannya tetapi turut sukses dalam kehidupan.
Bukankah Islam ini menyuruh kita untuk berjaya dalam pelbagai segi.Tidak cukup untuk kita baik perangai kita sendiri sahaja.Perlunya kita cemerlang dalam ilmu,ekonomi dan kekuatan.Dan juga perlu kita seru orang lain. Sebagai contoh, perumpamaan dalam buku tulisan Muhammad Qutb,
“ Masyarakat ini ibarat sebuah bahtera.lalu wujudnya segolongan yang ingin membocorkan lantai bahtera itu,sedangkan kita hanya melihat.Akhirnya kita sama - sama tenggelam.”Justeru, hal inilah yang terjadi dalam fenomena sekarang! Kita melihat orang melakukan kemungkaran tetapi tidak langsung ingin menghalang. Alasannya,jangan jaga tepi kain dan itu bukan hal dan masalah kita. Namun akhirnya penyakit ini membarah dan merosakkan masyarakat sehingga ahli keluarga kita sendiri. Sekarang,ADAKAH INI JUGA BUKAN MASALAH KITA??.
Masalahnya, bilamana umat ini hanya menganggap Islam itu sebagai agama ritual.yang setiap perlakuannya hanya adat dan budaya serta ibadat ritual, tiada pengertian lebih dari itu.Sedangkan Islam ini bukan ibadat sahaja. Kehidupan kia seharian dari kita memulakan hari kita perlu dalam kehidupan Islam.dari segi pentadbiran,pergaulan,pendidikan dan lain-lain. Merujuk kepada artikel tulisan bekas mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin dalam penulisannya,dia mengatakan yang golongan agama ini dilabel dengan orang yang selalu berjalan lambat, tetapi cepat bila ada majlis kenduri,dan cepat juga pulang bila tamat kenduri,berselisih sama ada daging korban wajar diberi kepada bukan Islam atau tak.Sedangkan umat bukan Islam telah maju kedepan dengan teknologi.Dalam zaman ini,kita seakan kembali ke zaman jahiliah dimana kesedaran bahawa Islam itu sebagai jalan hidup amat nipis sekali.Dimana Jahiliah moden ini menganggap bahawa Islam itu hanya ritual.Hanya ibadah ritual dilakukan seharian.Hidup bekerja dan berkeluarga perlu ikut konsep lain dan bukan Islam.Ini suatu pemikiran yang mematikan.Tidak salah untuk kita mengambil konsep yang dibawakan kerna ia juga adalah ilmu yang berharga.Tetapi,bukankah sewajarnya kita berpaksikan kepada kehidupan yang menjadikan Islam itu sebagai jalan hidup dari semua segi.
Kejayaan cendekiawan Islam dahulu bukan hanya sekdar cerita dongeng semata.Itu adalah realiti sebenar.Tambahan pula,ada sebab kenapa mereka berjaya.Ini kerana, mereka menjadikan Islam ini sebagai jalan hidup bukan sebagai ritual.Jadi permulaannya,kita perlu membawa umat ini memahami erti shahadah itu sendiri.Dari satu kalimat ke satu kalimat.Bilamana kefahaman terhadap aqidah itu wujud dimana menerima konsep Tiada illah selain ALLAH,dan ini senang sekali membawa kepada da`wah berkaitan kehidupan seharian

26 January 2009

JauLaH KeLab ReMaJa HiKmaH Sibu Ke MaDRaSaH BinTuLu..


Bersempena cuti Tahun Baru Cina ini ,kami dari Hikmah Cawangan Sibu akan mengada kan Program Jaulah Kelab Remaja Hikmah cawangan Sentosa Salim, ke Madrasah Bintulu.iaitu pada 29,30,31,januari.Di antara objektif ingin mendekat kan diri dengan Remaja-remaja,di samping mengisi masa lapang remaja-remaja tersebut dengan perkara-perkara yang bermenfaat.Dan juga mendedahkan remaja ini dengan rakan-rakan sebaya yang sedang belajar di Madrasah.Program ini lah kita rasa salah satu anisiatif kita kearah megislah remaja-remaja yang sekarang ini terlalu terdedah dengan gejala-gejala negetif,yang kita rasa memang ada gerakan yang mengajak remaja-remaja muslim kita jauh dari Islam itu sendiri,seperti trend Shuffle,funk, dan yang sewaktu dengan nya.Apa kah kita rasa lena tidur melihat remaja-remaja kita tanpa arah tuju?InsyaAllah,atas kesedaran ini lah kami pihak Hikmah Sibu( semoga hikmah di tempat lain juga) dengan kemampuan yang ada terus berusaha untuk melaksana kan aktiviti remaja di sekitar kita.

AJK Kelab Remaja Hikmah Cawangan Sentosa Salim,Sibu


23 January 2009

Ziarah Hikmah ke batu 16

Gambar dibawah berlatar belakangkan rumah panjang Iban di batu 16,kelihatan berbaju biru seluar pendek adalah Tuai rumah yang dulu nya Islam bernama Tuai rumah Yunus serta Isteri beliau dan kini telah kembali ke agama asal mereka,InsyaAllah semoga Allah membuka hati mereka kembali.
Rombongan kami sedang berbincangan mengenai program susulan untuk mengimarah kan Surau yang telah sedia ada,buat masa ini Surau tersebut di kendalikan penjagaan sepenuh nya oleh keluarga Salina binti Yunus(Gambar yang memakai skap)salah seorang dari tiga keluarga yang masih Islam.

Ini lah Surau yang telah di dirikan oleh pihak yang berwajib untuk penduduk Islam di batu 16 pada satu ketika dulu,yang masih utuh,insyaAllah aktiviti mingguan yang kita cadangkan mengguna kan surau tersebut.Dimana pihak kami dari rombangan Ziarah sedang meninjau keadaan surau itu.

Pada 18 januari yang lalu kami pihak Hikmah Cawangan Sibu mengadakan aktiviti Ziarah Saudara kita,dimana distinasi kami pada bulan ini ada lah batu 16,perkampungan rumah panjang iban yang sebelum ini ramai di antara mereka memeluk Islam dan buat masa ini ramai yang telah kembali lagi ke agama asal,mungkin di sebabkan kurang kefahaman tentang Islam dan kurang pendedahan tentang budaya Islam itu sendiri.InsyaAllah,walau bagaimana pun masih ada tiga keluarga lagi yang masih Islam,insyaAllah,selepas ini kita akan mengada kan program susulan mingguan ia itu,mengajar anak2 dari tiga keluarga itu fardhu ain,dan mereka telah pun bersetuju untuk mengikuti kelas fardhu ain tersebut.semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua dan kekuatan untuk terus berjuang menegak kan DEEN Islam di muka bumi ini,ameen.

12 January 2009

SeNaNdUnG GaZa.......


Sabarlah ya ikhwani.
Kalian diharamkan
daripada kenikmatan dunia
oleh tangan-tangan durjana
kerana kealpaan
saudara-saudaramu di mana-mana
meninggalkan jihad
leka dengan syurga dunia
yang hina fana

Tuhan telah menjanjikan
untukmu Syurga
bersama-sama
Sumayyah dan Yasir
Hamzah dan Khubaib
yang jua
telah mendahuluimu
mewakafkan hidup untuk Allah.


Namun airmataku yang mengalir
bukan kerana darah syuhadamu
tapi kerana ramainya
saudaramu di sini
yang gugur murtad
fasik dan bangga
mengikut jejak
budaya Zionis keparat.

Sedangkan para duahnya
ramai yang tertidur
mimpikan pangkat
nama dan darjat.

31 December 2008

Doa lah dalam solat lima waktu untuk keselamatan saudara seiman kita yang di tindas Yahudi.



Wahai akhifillah, beritahu aku,
bilakah kau akan marah?
Jika milik kita yang suci dihina,
dan tempat kita dihancurkan,
dan kau tidak menjadi marah?
Jika sifat perwira kita dibunuh,
dan kehormatan kita diinjak-injak,
dan dunia kita berakhir,
dan kau tidak menjadi marah?
Jadi beritahu aku,
bilakah kau akan marah?
Jika sumber bumi kita dirampas,
dan institusi kita diruntuhkan,
dan masjid-masjid kita dihancurkan,
dan masjid al-Aqsa dan al-Quds kita
tetap dirampas,
dan kau tidak menjadi marah?
Jadi beritahu aku,
bilakah kau akan marah?
Musuhku, atau musuhmu,
menghina kehormatan,
darahku dijadikan mainan oleh dia,
dan kau jadi penonton permainan.
Jika untuk Allah, untuk suatu yang suci,
untuk Islam kau tidak marah?

Jadi beritahu aku,
bilakah kau akan marah?
Aku melihat kengerian,
Aku melihat darah mengalirr.
Wanita-wanita tua mengiringi
anak-anak menjemput maut mereka.
Aku telah melihat segala macam bentuk penindasan.
Dan kau tidak menjadi marah.
Jadi beritahu aku,
bilakah kau akan marah?
Dan kau duduk seperti boneka bisu,
perutmu memenuhi pejabat.
Kau habiskan malam banggakan angka-angka,
dengan wang, curahkan dirimu kepada berkas-berkasnya.
Aku melihat kematian diatas kepala-kepala kami.
Dan kau tidak menjadi marah.
Jadi terus terang saja padaku,
jangan malu-malu:
kamu ada di Ummat yang mana?
Jika kau juga derita, apa yang kami derita,
tidak menjadikan kamu ingin membalas,
maka tidak usah dikisahkan.
Karena kamu bukanlah kami, maupun sebahagian dari kami,
bahkan kamu bukan sebahagian dari dunia manusia.
Jadi hiduplah sebagai arnab,

dan matilah sebagai arnab.

29 December 2008

Pandangan Dr. Yusof al-Qardhawi Tentang Sambutan Maal Hijrah



Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu ala Rasulillah. Wa Ba’d;
Menyambut hari-hari kebesaran Islam seperti sambutan awal tahun Hijrah bukanlah suatu yang haram selagi mana ianya tidak disertai dengan perkara-perkara yang haram seperti percampuran lelaki perempuan dan sebagainya.
Sebahagian dari orang-orang Islam menganggap bahawa menyambut atau mengambil perhatian terhadap beberapa kisah sejarah Islam, atau menyambut peristiwa Hijrah Nabi s.a.w., peristiwa Isra’ dan Mikraj, Maulid Nabi s.a.w., peperangan Badar, pembukaan Mekah atau apa-apa peristiwa di dalam sirah Muhammad s.a.w. sebagai bid’ah di dalam agama. Setiap yang bid’ah itu sesat dan setiap kesesatan itu akan ditempatkan di dalam neraka. Ini tidak benar sama sekali. Apa yang dilarang adalah apa-apa sambutan yang disertai dengan kemungkaran, perlanggaran syara’ atau apa-apa yang tidak dibenarkan oleh Allah. Ini seumpama apa yang berlaku di sesetengah negara, mereka meyambut Maulid Nabi dan hari kelahiran para wali dan orang-orang soleh (dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syara’). Tetapi jika kita mengambil peluang dari sambutan ini untuk mengingatkan tentang sirah Rasulullah s.a.w., keperibadiannya yang agung, risalahnya yang kekal yang dijadikan oleh Allah sebagai rahmat kepada sekelian alam; di manakah bid’ahnya dan di manakah kesesatannya?
Apabila kita bercakap tentang peristiwa-peristiwa ini, kita mengingatkan orang ramai tentang nikmat Allah yang besar. Mengingatkan nikmat Allah adalah suatu yang disyariatkan. Ianya terpuji bahkan dituntut.
Allah memerintahkan kita di dalam firmanNya:
“Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. semasa kamu didatangi tentera (al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan. Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.” (Al-Ahzab: 9-10)
Allah mengingatkan orang-orang beriman tentang perang Khandak atau juga dikenali sebagai perang Ahzab. Iaitu ketika suku Quraisy, suku Ghatfan dan sekutu mereka menyerang Rasulullah s.a.w. dan orang-orang Islam di rumah mereka. Quraisy mengepung Madinah dan membentuk pagar untuk menghapuskan orang-orang Islam dan melenyapkan mereka. Allah menyelamatkan orang-orang Islam dari bencana itu. Allah mengutuskan angin dan malaikat, tentera yang tidak dapat dilihat oleh manusia. Allah mengingatkan mereka tentang peristiwa itu. Ingatlah dan jangan lupa peristiwa itu. Ini bermakna Allah mewajipkan kita mengingati nikmat tersebut dan tidak melupakannya.
Di dalam ayat yang lain, Allah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu ketika kaum (kafir yang memusuhi kamu) hendak menghulurkan tangannya (untuk menyerang kamu), lalu Allah menahan tangan mereka daripada (menyerang) kamu. oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah; dan kepada Allah jualah (sesudah bertaqwa itu) hendaklah orang-orang yang beriman berserah diri.” (Al-Maidah: 11)
Allah mengingatkan mereka tentang tindakan Yahudi Bani Qainuqa’ yang berazam untuk membunuh Rasulullah s.a.w. Mereka merancang tipu daya dan perancangan jahat. Tetapi perancangan Allah lebih kuat dan lebih pantas.
Mengingati nikmat Allah adalah suatu yang dituntut. Kita mengingatkan orang-orang Islam tentang nikmat Allah dalam perisitiwa-peristiwa ini. Kita mengingatkan mereka tentang pengajaran dan iktibar yang terkandung di dalam kisah-kisah itu.
Adakah ini suatu yang salah? Adakah ini bid’ah dan kesesatan?


Di petik dari laman Ustz.Mohd Fauzi(satuperkongsian.wordpress.com)

22 December 2008

hAtI MuKmIn PaStI mEnAnGiS ......


Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan. Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci. "Hai... hentikan suara jelekmu! Hentikan... !" Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata.Namun apa yang terjadi? Laki-laki dikamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang. Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan. Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, "Bersabarlah wahai ustaz... InsyaALlah tempatmu di Syurga."Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai. "Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami." Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap, "Sungguh... aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, Allah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh." Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat. "Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!" bentak Roberto. "Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!" ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto. Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah. Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur. Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung. "Ah... seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini."Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol. Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak. Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto. Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia. Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka gelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara. Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib. Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak - kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya. Sang anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa... .? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi... "Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat . Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya, "Abi... Abi... Abi... " Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam. "Hai... siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. "Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi... " jawabnya memohon belas kasih. "Hah... siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka. "Saya Ahmad Izzah... " dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba, Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil. "Hai budak... ! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'... Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu.Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka. Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeria, "Abi... Abi... Abi... "Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat. Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini. Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tha... " Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya. Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya. "Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu... " Terdengar suara Roberto meminta belas. Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.

Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap. "Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu,"Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah "Asyahadu anla IllaahailALlah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah... '.Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini. Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya...