12 August 2008

Rai kan Ramadhan 1429H ini bersama kami........



Hikmah Cawangan Sibu menjemput anda beramai-ramai ke Ceramah Ramdahan...
Tempat : Masjid Al-Muhajirin ,Kampung Usahajaya baru,jalan sentosa Salim,Sibu
Tarikh : 15.ogos 2008 ( hari Jumaat malam Sabtu) di antara Maghrib dan Isyak
Penceramah: Ustaz Mohd Ameer Redhuan Abdullah (Pegawai Hikmah Bahagian Sibu
Tajuk : Ramadhan yang di nanti dan Penghayatan

03 August 2008

Santai minda......

Ketenangan hanya ada bersama NYA....
Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insaiaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan-amalan yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya.

Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.
Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya: "Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."
Segala janji yang ditaburkan oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas, bukanlah satu perkara retorik seperti janji-janji dalam pilihan raya, ia janji yang akan ditunaikan sendiri oleh Allah SWT, iaitu agar umat Islam menjadi umat terbaik dengan mengecapi ketenangan, kedamaian hidup, rahmat Allah serta yang paling penting mereka diingati oleh Allah selaku Pencipta manusia.
Janji-janji tersebut diberikan apabila ada di kalangan insan Muslim yang memiliki ciri-ciri kebaikan seperti membaca dan mendiskusikan al-Quran, dalam erti kata mereka bersedia untuk mengkaji isi-isi kandungannya untuk dijadikan bahan rujukan, pegangan, kefahaman menuju jalan sempurna.
Justeru, Allah SWT menegaskan bahawa golongan Muslim yang sanggup memakmurkannya rumah-Nya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memiliki kualiti iman yang sempurna.
Hal ini ditegaskannya menerusi ayat 18 surah at-Taubah maksudnya: "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."
Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa keimanan yang kental, kepercayaan teguh berpegang kepada hari akhirat, melaksanakan tugas utama dengan bersolat, mengeluarkan zakat serta takut hanya kepada Allah dan tidak yang lain selain-Nya, adalah senjata utama bagi mengekalkan seseorang yang beriman itu menjadi pemakmur rumah Allah yang setia.

29 July 2008

Ceramah Agama hikmah


Pada 19 julai yg lalu telah di adakan ceramah agama di Masjid Darul Halim,jln Teku,Sibu.Yg di sampai kan oleh Ustaz Sophian dari Uitm Mukah.Demikian di antara aktiviti dakwah hikmah cawangan sibu,untuk masyarakat Sibu,semoga dgn usaha yg sedikit mendapat rahmat Allah......

17 July 2008

CATATAN SUDUT BLOG bersama Ustazah Aniza

Ramadhan bertandang lagi

Sedarkah kita sebulan lagi Ramadhan.

Waktu terus berlalu.Hari demi hari pergi silih berganti, hingga kita berjumpa dengan hari ini. Kesibukan kita dengan tugas harian membuatkan kita terlupadi mana kita berada dan waktu yang kita hadapi.
Hari ini waktu yang terus berlalu hampir satu tahun. Rasanya baru lagi kita bercengkerama dengan bulan Ramadhan, melakukan pelbagai ibadah di dalamnya, dan kini ia akan datang kembali.
Tidak banyak yang berubah pada diri kita, walaupun madrasah Ramadhan tahun lalu telah kita lalui. Bahkan kita mungkin masih seperti yang dulu, miskin ibadah, minimum amal dan sedikit kebaikan namun masih juga belum membuat pembaikan yang amat bererti.
Sekarang kesedaran kita di ketuk dan di ingatkan semakin hampirnya Ramadhan di tengah-tengah kesibukan kita memenuhi tuntutan duniawi. Mungkin ada hutang puasa yang masih belum di bayar atau prestasi ibadah yang sangat kurang di tahun lalu untuk di perbaiki.Banyak sebab mengapa kesedaran awal perlu diberi:

Kesempatan untuk kita meminta lebih banyak

Mengingatkan diri kita akan datangnya Ramadhan lebih awal, sama ertinya memberi kesempatan kepada diri sendiri untuk meminta yang lebih banyak. Kita harus sedar bahawa kelalaian kita amat banyak di tambah dengan kesibukan kita dengan pelbagai perkara. Masa berjalan tanpa kita sedari dek kesibukan yang tiada masa untuk berehat. Maka menyedarkan kita lebih menjadikan kita lebih bersedia menghadapinya. Memperbanyakkan doa, membersihkan hati, menyucikan jiwa dan meluruskan niat perlu kita lakukan agar doa kita di terima Allah. Sentiasalah berdoa "Ya Allah Selamatkanlah diriku hingga bulan Ramadhan, Ya Allah selamatkanlah Ramadhan untukku, Ya Allah selamatkanlah Ramadhan untukku sebagai amal yang di terima".

Persiapan yang lebih matang akan lebih baik

Jika kita meyakini keutamaan dan kemuliaan Ramadhan, tentunya kita akan mempersembahkan sesuatu yang terbaik dan paling istemewa. Ramadhan adalah tetamu agung yang membawa sejuta keberkatan dan keutamaan. Oleh itu persiapan untuk menyambutnya berbeza dengan tetamu-tetanu yang lain. Selain ketaatan dan ibadah kita perlu juga memperbaiki hubungan dengan orang yang ada disekitar kita, iaitu hubungan dengan suami, isteri, anak-anak, orang tua, saudara-mara, tetanggan, teman-teman dan orang-orang yang kita kenal. Jangan kita dekati Ramadhan dengan membawa persengketaan yang tiada kesudahan. Bersihkan diri dari sifat hasad, dengki, fitnah, mengadu domba, mencela, menyakiti hati orang lain dan semua sifat mazmumah kerana pahala kebaikan kita di tangguhkan sehinggalah kesalahan kita itu di maafkan.
Jadikanlah hari-hari sebelum kedatangan Ramadhan kali ini, kita menebarkan cinta, kasih dan kebahagiaan dihati orang-orang yang berada disekitar kita, mengajak orang lain mempersiapkan diri menghadapi Ramadhan dengan memperbanyakkan amal kebaikan.Ingatlah bahawa kita tidak tahu bila ajal akan menjemput kita. Oleh itu kedatangan tetamu agung ini adalah kesempatan untuk kita mengumpul sebanyak-banyaknya pahala walaupun tidak pasti Ramadhan ini sempat atau tidak kita bersamanya.
Kesempatan untuk segera bertaubat

Ramadhan seakan sudah di ambang pintu. Kita masih ada kesempatan untuk bersantai dan lalai dengan habuan duniwi yang tiada kesudahannya. Kita sering melupakanNya. Inilah peluang untuk kita kembali, menghitung semua yang telah kita lakukan dan segera bertaubat kepada Allah yang Maha Mengasihani lagi Maha Pengampun.
Marilah kita buka kembali lembaran-lembaran hari yang telah kita lalui. Di sana banyak dosa dan kealpaan yang telah kita lakukan. Oleh itu marilah kita buka lembaran baru dengan taubat. Jadikanlah taubat sebagai amal kita pada hari berikutnya. Setiap manusia memang tidak lepas dari bersifat lalai dan melakukan dosa dan sebaik-baik manusia adalah orang yang bertaubat.
Allah adalah zat yang paling berhak untuk kita taati perintahNya dan kita jauhi larangannya.Dialah yang paling berhak diingat dan disyukuri.Kekasihnya, Nabi Muhammad saw bersabda: "Wahai manusia, bertaubatlah kalian kepada Allah, dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya aku bertaubat seratus kali sehari".
Bersegera mengingat kedatangan Ramadhan agar kita juga segera untuk bertaubat dan memohon ampun, supaya kita tidak di dahului oleh peristiwa yang menutup pintu keampunan Allah. Sesungguhnya kebaikan itu tidak pernah lapuk, dan dosa tidak akan di lupakan kecuali bagi orang-orang yang bertaubat

Agar kita tidak dikejutkan dengan kehadiran Ramadhan

Ada kebiasaan yang tidak baik yang sering kita lakukan dan sangat jarang kita sedari iaitu melakukan sesuatu kewajiban sebelum tiba masanya. Betapa ramai orang yang meninggal dunia dan lupa menulis surat wasiat, lalu meninggalkan seribu macam permasalahan kepada pewaris harta. Timbul persengketaan yang berpanjangan berpunca dari kesilapan yang sering kita lupakan.
Dalam melaksanakan kewajiban yang lain, kita sering gagal menyiapkannya sebelum masanya dan akhirnya kita mampu menyiapkan sekadarnya sahaja. Kita juga jarang di peringatkan persediaan awal menyambut Ramadhan kecuali jika kita telah benar-benar berada di dalamnya. Setelah memasuki bulan Ramadhan, dan kita betul-betul telah berpuasa di siang hari barulah kita menghadiri majlis-majlis ilmu, tadarrus Al-Quran dan ibadah-ibadah lain.
Sesungguhnya kita tidak akan merasai kenikmatan dan mencapai kepuasan dengan apa yang kita lakukan sekiranya tiada persediaan awal. Itu hakikat yang sememangnya ada pada diri insan. Oleh itu untuk kita merasakan betapa banyaknya kelebihan yang perlu kita rebut di bulan Ramadhan, maka buatlah persediaan awal agar kita menjadi seorang yang tamak untuk merebut peluang yang ada. Mudah-mudahan kita termasuk di kalangan mereka yang terkejut apabila beduk sahur ditabuh.



Akhirnya, mudah-mudahan Ramadhan yang bakal menjelang tiba dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan sering menjadi igauan dan kita berpeluang menyediakan persiapan yang rapi untuk menerima kehadirannya. Ingatlah, buatlah persediaan mulai sekarang, setiap hari, setiap detik dan setiap saat

15 July 2008

CERAMAH AGAMA BULANAN HIKMAH SIBU


Ceramah Agama bulanan bertajuk : ISLAM LAH ANDA SELAMAT
Yang akan di sampai kan oleh ; Ustaz Sophian b. Rambli,

Tempat di : Masjid Darul Halim, Kpg Bahagia Jaya,Teku.

Tarikh : 19 julai 2008 (mlm ahad) antara maghrib dan Isya"



Muslimin dan Muslimat adalah di Jemput hadir

09 July 2008

Koleksi Fatwa Mufti Perlis ( www.Drmaza.com )

Cara & Sebab Solat JamakPosted on Oct 19, 2007 under Fatwa
Soalan: Bagimana cara mengerjakan solat jamak, dan apakah keadaan-keadaan yang membolehkannya?
Jawapan:Supaya tidak terkeliru, terlebih dahulu saya terangkan maksud jamak. Iaitu menghimpunkan dua solat pada satu waktu. Solat-solat yang diizinkan syarak untuk dihimpunkan itu ialah, Zohor bersama Asr dan Maghrib bersama Isyak. Adapun qasar bermaksud meringkaskan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat. Qasar diizinkan untuk mereka yang bermusafir. Keizinan jamak lebih luas daripada keizinan qasar. Di mana seseorang boleh menjamakkan solatnya sekalipun dia tidak bermusafir disebabkan keadaan-keadaan tertentu, tetapi dia tidak boleh menqasarkannya. Ertinya dalam keadaan tertentu dia boleh menunaikan solat Asr dalam waktu Zohor iaitu selepas ditunaikan empat rakaat Zohor, dia menunaikan pula empat rakaat Asr. Demikian juga dia boleh melakukannya pada waktu Asr, dengan cara melewatkan Zohor. Begitu juga Maghrib dan Isyak. Dalam hadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, Ibn ‘Abbas menyebut: “RasululLah s.a.w solat jamak Zohor dan Asr, Maghrib dan Isyak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana musafir”. Ditanya Ibn ‘Abbas mengapa baginda melakukan demikian?. Jawabnya: “Kerana tidak mahu menyusahkan umatnya”. Dalam riwayat yang lain daripada Muslim juga disebut: “Baginda jamakkan solat tidak disebabkan katakutan atau hujan”.
Hadith-hadith yang seumpama ini memberi kesimpulan kepada para fuqaha (ulama fekah) bahawa solat jamak boleh dilakukan disebabkan keuzuran-keuzuran tertentu, seperti sakit yang menyusahkannya, atau hujan bagi mereka bersolat jamaah di masjid, kesempitan waktu dan seumpamanya.
Hal-hal ini seperti mereka yang sakit yang menyukarkannya berwuduk atau bergerak maka bolehlah dia menjamakkan solatnya. Mereka yang terlibat dalam urusan-urusan yang tidak dapat ditinggalkan seperti pembedahan, menjaga lalu lintas, mengendalikan urusan yang bahaya, atau peralatan yang bahaya, terlibat dengan peperiksaan yang tidak ada pilihan lagi. Demikian juga bagi wanita yang bermusafir dengan bas awam yang menyusahkannya bersolat di tengah perjalanan, maka dia boleh menjamakkan solat sejak di rumahnya, tanpa qasar. Begitulah juga dengan semua keadaan yang menyukarkan seseorang. Namun hendaklah dia mengutamakan menanaikan solat berdasarkan waktunya terlebih dahulu, jika benar-benar menyukarkan dan dia tidak mempunyai pilihan maka ketika itu diizin.
Kitab-kitab fekah penuh memuatkan masalah ini, terutamanya dalam mazhab al-Imam Ahmad bin Hanbal. Antara Ibn Taimiyyah dalam al-Fatawa al-Kubra (2/348, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut ) dan kitab-kitab lain. Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebut perkara ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut ).

07 July 2008

Kursus fardhu Ain Urusetia saudara Kita

Urusetia Saudara Kita Bahagian Sibu akan mengadakan Kursus Fardhu Ain seperti berikut:


Tempat : Masjid Darul Hamim.Kampung bahagia Jaya Teku,Sibu.

Tarikh : 19 Julai 2008, 8.00am hingga 5.00pm.

Saudara saudara baru dan masyarakat Islam di sekitar Sibu ada lah di jemput.

Untuk maklumat lanjut: Puan Nasyitah Abdullah
Tel : 0138269054
email : ummukhair24@yahoo.com