19 March 2009
SINARAN HIDAYAH DI ULU KOTA
08 March 2009
Ceramah Sambutan Maulidur Rasul di Surau Darul Iman Bougen Villa,batu 8,jalan Oya,sibu
05 March 2009
Enam Pertanyaan Imam Ghazali

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?
Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:
PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.
KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.
KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179
KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.
KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.
KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.
28 February 2009
Matlamat Kewujudan Insan
Demikian lah tajuk Ceramah Bulanan Hikmah sibu yang di ada kan di Masjid Al-Muhajirin Jalan Sentosa salim.Ustaz Mohd Nazri bin Ismail dengan bersahaja menerangkan betapa peri pentingnya kita memahami keujudan kita di bumi Allah.Sebab tanpa memahami matlamat kehidupan kita nescaya kita akan mengikut kehendak hawa nafsu yang sentiasa mengajak kita kearah jalan yang tidak mendapat redha Allah.Di antara matlamat kewujudan kita ke muka bumi ini seperti yang di sebutkan Allah dalam Al-Quran "TIDAK KU JADIKAN JIN DAN MANUSIA KECUALI UNTUK BERIBADAH KEPADA KU" Uztaz Nazri mengingatkan para jemaah amat penting kita menuntut Ilmu Islam,hanya dengan adanya Ilmu tentang kejadian kita kemuka bumi ini baru lah kita dapat menjalankan kehidupan kita di dunia dan akhirat dengan selamat. Demikian lah serba sedikit petikan dari pengisian Ustaz Nazri dalam ceramah tersebut,dimana beliau juga berterima kasih pada pihka Hikmah kerana sentiasa berusaha mewujudkan majlis-majlis ilmu di sekitar sibu.
23 February 2009
PuIsI DaKwaH..................

Katakanlah:‘ inilah jalanku,aku mengajak kalian kepada Allah dengan bashiroh, aku dan pengikut-pengikutku,Mahasuci Allah!dan aku bukan termasuk orang-orang yang musyrik
Jalan dakwah panjang terbentang jauh ke depan..Duri dan batu terjal selalu mengganjal, lurah dan bukit menghadang Ujungnya bukan di usia, bukan pula di dunia Tetapi Cahaya Maha Cahaya,Syurga dan Ridho Allah Cinta adalah sumbernya,hati dan jiwa adalah rumahnya.
Pergilah ke hati-hati manusia ajaklah ke jalan Rabbmu Nikmati perjalanannya,berdiskusilah dengan bahasa bijaksana Dan jika seseorang mendapat hidayah karenamuItu lebih baik dari dunia dan segala isinya…
Pergilah ke hati-hati manusia, ajaklah ke jalan Rabbmu Jika engkau cinta maka dakwah adalah faham,Mengerti tentang Islam, Risalah anbiya dan warisan ulama..Hendaknya engkau fanatik dan bangga dengannya...Seperti Mughiroh bin Syu’bah di hadapan Rustum Panglima Kisra
Jika engkau cinta maka dakwah adalah ikhlas menghiasi hati, memotivasi jiwa untuk berkarya Seperti kata Abul Anbiya,
“Sesungguhnya shalatku, Ibadahku,hidupku,dan matiku semata bagi Rabb semesta".” Berikan hatimu untuk Dia,katakan “Allah Ghayatuna”
Jika engkau cinta maka dakwah adalah amal Membangun kejayaan ummat kapan saja di mana saja kamu beradaYang bernilai adalah kerja bukan semata ilmu apalagi lamunan Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan,al ishlah wa taghyir....Dari diri pribadi, keluarga, masyarakat hingga Negara Bangun aktivitas secara tertib untuk mencapai kejayaan
Jika engkau cinta maka dakwah adalah jihadSungguh-sungguh di medan perjuangan melawan kebatilan Tinggikan kalimat Allah rendahkan dugaan syaitan durjana Kerja keras tak kenal lelah adalah rumusnya Tinggalkan kemalasan, lamban, dan berpangku tangan
Jika engkau cinta maka dakwah adalah taat Kepada Allah & Rasul, Al-Qur’an & Sunahnya Serta orang-orang bertaqwa Taat adalah wujud syukurmu kepada hidayah Allah Karenanya nikmat akan bertambah melimpah penuh berkah
Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsabat Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan Buah dari sabar meniti jalan,teguh dalam barisan Istiqomah dalam perjuangan dengan kaki tak tergoyahkan Berjalan lempang jauh dari penyimpangan
Jika engkau cinta maka dakwah adalah tajarrud Ikhlas di setiap langkah menggapai satu tujuanPadukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini,Engkau da’I sebelum apapun adanya engkau Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanya selingan
Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsiqoh Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinan Kepada Allah, Rasul, Islam, Qiyadah dan junudnya Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya… Karena inilah kafilah kebenaran yang penuh berkah
Jika engkau cinta maka dakwah adalah ukhuwah
Lekatnya ikatan hati berjalin dalam nilai-nilai persaudaraan Bersaudaralah dengan muslimin sedunia,utamanya mukmin mujahidin Lapang dada merupakan syarat terendahnya,itsar bentuk tertingginya Dan Allah yang mengetahui menghimpun hati-hati para da’I dalam cintaNya Berjumpa karena taat kepadaNya Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah Saling berjanji untuk menolong syariatNya
16 February 2009
HIKMAH SIBU BERSAMA MASYARAKAT
Lebih kurang 70 orang peserta dari beberapa jabatan kerajaan dan surau-surau di sekitar sibu telah mengikuti Kursus pengurusan jenazah yang di anjurkan Hikmah Sibu bertempat di bilik kuliah Masjid Annur pada 14.02.09 yang lalu.Demikian salah satu aktiviti untuk kita mendampingi masyakat,sambutan yang begitu mengalak kan amat mengharu kan pihak AJK Hikmah dimana sebelum ini jarang kita mengadakan aktiviti untuk masyarakat memandangkan oleh sebab faktor yang tidak mengizin kan seperti peruntukan dana yang terhad dan sebagai nya.Sebagai badan dakwah, amat penting bagi Hikmah Pusat mengambil inisiatif untuk merancang dan mengagih peruntukan pada Hikmah Bahagian dan Cawangan tanpa memerlukan permohonan,dengan mengagihkan peruntukan untuk aktiviti tahunan.Kami pihak AJK Hikmah Sibu amat agak terkilan dengan peruntukan aktiviti sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini tanpa mendapat perhatian pihak Himah Pusat. Pengalaman kita menganjur kan aktiviti mendapat sambutan begitu menggalak kan,sedangkan kita mempunyai peruntukan yang terhad.InsyaAllah dengan keupayaan yang begitu terbatas kita berusaha demi menyampaikan risalah Allah dalam masyarakat.Dan harapan dari kami Hikmah Sibu agar Pihak Hikmah Pusat dapat mengambilan perhatian dengan masaalah kami.







12 February 2009
Gambar sekitar Jaulah Kelab Remaja Hikmah Sibu ke Bintulu
Bersempena cuti tahun baru cina yang lalu,29,30,31,januari 09, kami pihak hikmah Cawangan Sibu mengada kan program untuk remaja iaitu Jaulah Kelab Remaja Hikmah Sibu Cawangan salim ke Intitut Al-Quran Bintulu,program ini adalah bertujuan untuk mendekat kan Hikmah dengan remaja-remaja Muslim di sekitar sibu.dimana kita melihat ramai remaja-remaja Islam kini dipengaruhi atau pun terlibat dengan gejala sosial yang agak serius,pengalaman kita Hikmah sibu berdamping dengan remaja-remaja ini amatlah sedih sekali dimana remaja-remaja Muslim ini amat jauh dengan pendidikan agama dan terdedah dengan perkara-perkara yang tidak diingini.Kami amat memahami agak sukar untuk kita mendekati remaja yang bermasaalah namun kami memohon kekuatan dari Allah untuk sentiasa istiqomah mendapingi remaja-remaja ini semoga usaha kita ini menjadi sumbangan kita kepada perkembangan Islam itu sendiri disamping membantu anak-anak remaja Muslim kita dari terlibat dengan pengaruh liar gejala negatif. selebih nya kita serah pada Allah swt.
Remaja remaja agak seronok dengan majlis suai kenal dengan pelajar-pelajar Intitut Al-Quran.

Sesi taaruf dengan pelajar-pelajar di Institu Al-Quran dengan peserta Jaulah.


Tuan Haji sulaiman Hambali AJK Institut Al-Quran sedang memberi taklimat mengenai perjalanan Institut al-Quran yang dulu nya di kenali Madrasah Al-Quran,kepada peserta Jaulah.
remaja di asrama kediaman Institut Al-Quran.
peserta sedang menikmat hidangan malam oleh pihak tuan rumah Institut Al-Quran.
Distinasi seterus nya yang di urus kan tuan rumah Bintulu ialah taman binatang tumbina Bintulu.





Peserta Jaulah juga di bawa melawat ke pantai Tanjung Batu,melihat sendiri betapa indah nya alam ciptaan Allah dan patut kita syukuri nikmat yang begitu banyak yang Allah jadi kan untuk kita sebagai Hamba Nya.

Jazakumullahu khairan kathira kita ucapkan pada pihak Institut Al-Quran kerana bersusah payah melayan kerenah kami dari Kelab Remaja Hikmah Sibu,hanya Allah saja lah yang dapat membalas jasa antum semua. ( Ustaz Ariffin sedang menyampai kan ucapan di majlis perpisahan)
Para peserta sedang khusuk mendengar Ust Ariffin selaku wakil tuan rumah berucap di majlis perpisahan.
Salah seorang pelajar sinior Institu Al-Quran sedang memberi Tazkirah perkongsian pengalaman dengan perserta Jaulah,dengan sungguh perasaan beliau mengingat kan betapa pentingnya sebagai remaja perlu memahami siapa diri kita sebenar dan kemana arah tuju kehidupan kita,beliau juga mengatakan betapa sebelum dia belajar di Institut Al-Quran ini,jiwa bagai kosong,alhamdulillah setelah berada di Institut -Al-Quran ini baru lah dia memahami erti kehidupan sebagai seorang muslim yang sebenar... 
Subscribe to:
Posts (Atom)