24 November 2008

SIKAP IBUBAPA (DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK) - Tabarruj



Sekarang mari kita beralih pula pandangan. Bagaimanakah sikap ibubapa terhadap anak-anak mereka, terutamanya anak-anak yang masih gadis remaja. Kita rasa sungguh kesal kerana ada di antara ibubapa yang menggalakkan anak-anak gadis mereka supaya bermake-up dan berfesyen. Mereka berpendapat bahawa dengan berpakaian tersebut, ia semakin tambah menarik kepada setiap orang yang melihat. Dengan cara tersebut, mungkin anak gadis mereka segera dilamar.
Berfikirlah wahai ibubapa semua. Kamu bertanggungjawab terhadap anak-anak, bertanggungjawab pula di masa depan mereka dan bertanggungjawab di hari perhitungan di hadapan Allah nanti. Relakah hati kamu menjadikan anak-anak kamu seperti barang-barang dagangan yang boleh dijual-beli. Ingatlah, lelaki hartawan sahaja yang akan memperisterikan mereka. Orang yang banyak harta memang mampu membeli kecantikan untuk memuaskan nafsu mereka. Selepas itu janganlah kamu kesal wahai ibubapa andainya anak-anak perempuan dipersia-siakan atau dibiarkan begitu sahaja lantaran anak perempuan kamu tidak lagi mempunyai keistimewaan seperti di zaman gadis dahulu. Ibarat kata pepatah “habis madu sepah dibuang”.
Lelaki yang beriman dan mematuhi segala suruhan Allah tidak akan melamar anak kamu kerana mereka orang ‘arif, yang mana intan dan yang mana saduran. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Tidak logik lelaki yang beriman akan memilih perempuan yang rosak akhlak dan tidak berbudi pekerti sebagai teman hidup mereka.
Setelah berdiskusi dengan para ibubapa, sekarang mari pula kita membuat tinjuan secararingkas bagaimana pula keadaaan suri-suri rumahtangga, khasnya di bidang make-up. Mereka melahirkan reaksi dengan kata, “Kami keluar rumah dengan bermake-up hanya untuk memuaskan hati suami dan patuh kepada kehendaknya”. Reaksi sedemikian rupa adalah palsu dan alasan tersebut memang tidak berasas sama sekali. Adakah dengan mematuhi suruhan suami tersebut boleh dijadikan alasan untuk mengelakkan kemurkaan Allah? Allah Pencipta kamu dan juga suami kamu. Supaya lebih jelas lagi, mari kita renungi sabda Rasul s.a.w yang bermaksud: “Jangan kamu taat sesama manusia hingga kamu sanggup derhaka kepada Allah, Allah Pemcipta manusia” dan sabda baginda s.a.w lagi yang bermaksud: “Tiada kepatuhan melainkan kepada kebaikan”.
Manakala Allah pula telah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan RasulNya, juga kepada pemerintah-pemerintah yang terdiri daripada kamu……” (al-Nisaa’: 59)
Berpandukan kepada maksud Hadith dan ayat al-Quran di atas, adakah kamu wahai suri-suri rumah diwajibkan menta’ati suruhan suami terlebih dahulu sebelum melaksanakan suruhan Allah dan RasulNya?? Jika kamu memahami ayat-ayat al-Quran sudah pasti kamu sendiri dapat memberi jawapan. Mengikut konteks hadith Rasulullah dan firman Allah yang tersebut, bukanlah pengertian seperti yang difahami oleh puan-puan. Malahan fahaman yang sebenar ialah mematuhi suruhan Allah dan RasulNya sebelum menta’ati orang-orang yang bertanggungjawab terhadap diri kamu, seperti menta’ati kedua ibubapa, suami dan pemerintah. Ta’at setia ini kita berikan kepada mereka tersebut selama mana suruhan mereka tidak berlawanan dengan suruhan Allah dan RasulNya. Jika suruhan mereka didapati bertentangan dengan suruhan Allah dan RasulNya, mestilah kita kembali kepada ajaran Allah dan RasulNya. Suami yang tidak menta’ati suruhan Allah dan menyuruh kamu pula jangan menta’ati suruhan Allah, maka jangan sekali-kali kamu mematuhi suruhan tersebut, walaupun kamu terpaksa mengalami berbagai-bagai masalah. Umpamanya berkemungkinan kamu ditinggalkan sekiranya kamu diceraikan, berpisahlah anak-anak kamu dan hancur leburlah rumahtangga kamu. Perlu diingatkan, jika kamu seorang wanita yang patuh dan ta’at kepada ajaran Islam tidak mungkin kamu dapat hidup bahagia di samping suami yang korup, runtuh moralnya, tidak berbudi pekerti yang mulia dan durhaka pula terhadap ajaran Allah. Jiwa yang suci murni akan berbahagia di samping bertuhankan harta benda walaupun dibendung istana yang bertatahkan ratna mutu-manikam.
Allah juga berfirman di dalam surah al-Mujadalah ayat 22 yang bermaksud: “Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripadaNya. Dan dimasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap limpahan rahmatNya. Meraka itulah golongan Allah. Ketahuilah bahawa golongan Allah, itu golongan yang beruntung”.
* dipetik dari ebook Tabarruj

BengKel Remaja Muslim...


Bersempena Musim Cuti sekolah kami pihak Hikmah Cawangan Sibu tidak ketinggalan walau dengan kemampuan yang terhad,berusaha untuk memberi sumbangan kepada remaja2 Muslim dan menyemarak kan lagi aktiviti dakwah di sibu,semoga dengan usaha kerdil ini dapat menjadi amalan soleh di sisi Allah..amin

Bengkel Remaja Muslim ini ada lah kerjasama Masjid Al-Muhajirin Kampuang Usahajaya Baru,jalan sentosa sibu.dan Hikmah. akan di ada 29,noovember,sabtu,jam 8,am hinga 5.pm.

20 November 2008

Hari Raya Qurban"ERTI SEBUAH PENGORBANAN"


"ETI SEBUAH PENGORBANAN" dimikian lah tajuk ceramah bulanan kami untuk edisi bulan November ini sempena Hari Raya Qorban yang akan di sambut tidak lama lagi.... apa kah kita merasa lesu, lemah dan kurang bermaya dalam meniti dan melayari erti kehidupan harian kita untuk memasti kan ianya sentiasa dalam rahmat dan redha NYa..... Kunjungi lah Ceramah bulanan kami Hikmah Cawangan Sibu seperti berikut...............


Tarikh : 28.11.08(jumaat malam sabtu)

masa : antara Magrib dan Isyak

Tempat : Surau Darul Amilin,Taman perumahan Soon Hup,Jalan Permai.Sibu

Penceramah : Ustaz Mustajab (Daie Hikmah Sarikei)


Semoga Motivasi ceramah tersebut nanti dapat menyegarkan kelesuan kita melayari kehidupan harian kita insyaAllah.... Datang lah beramai-ramai

17 November 2008

Gambar di sekitar Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Tadika Hikmah Sibu

kelihatan Ustz Mu'al sedang menyampaikan sijil pada kanak-kanak Tadika Hikmah....


Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah ini di rasmi kan oleh Pegawai di Jabatan Agama Islam Sibu, ia itu Ustaz Mu'al bin Sua'adi.Dimana gambar di bawa menunjuk kan Ustz Mu'al sedang memberi ucapan perasmian.











Pengerusi Hikmah Bahagian Sibu,sedang menyampaikan sepatah dua kata mengenai perkembangan Tadika Hikmah Sibu.




















Kanak-kanak Tadika Hikmah sedang membuat persembahan....


















15 November 2008

MeRanCanG KeMaTiaN....................


Merancang kematian…
Mari sejenak kita berfikir, pernahkah kita merancang bagaimana keadaannya ketika kita menemui Allah? Apakah dalam keadaan berjuang dijalan Allah atau berjuang melaksanakan visi dan misi orang lain yang tidak menjurus kepada keredaan Allah? Sememangnya kita selalu berdoa agar ditamatkan kehidupan dunia kita dengan husnul khatimah.
Setiap pagi kita melangkah kaki menuju ke tempat kerja apakah kita sedang melakukan ibadah. Bukankan ibadah itu selain daripada ikhlas mencari keredaan Allah mesti bertepatan dengan Syariat Islam?. Apakah pekerjaan kita dalam mencari keduniaan ini menyumbang kepada keutuhan Islam dan meneruskan kesinambungan perjuangan nabi s.a.w. untuk membawa rahmat kepada semesta alam.
Kematian yang mulia adalah kematian di dalam niat memperjuangkan Islam. Setiap detik masa yang kita lalui, tenaga yang diperah, kepenatan yang dirasai dan segala-galanya untuk Islam.
Segala-galanya perlu dirancang. Amal ibadah khusus yang kita lakukan hanya menggunakan secebis waktu sahaja berbanding waktu-waktu lain. Apakah dengan masa yang sedikit yang kita luangkan untuk mengingati Allah mampu menyelamatkan kita di akhirat sedangkan setiap detik berlalu akan dicatat dalam oleh Raqib dan Atid segala apa yang kita lakukan.
Hidup ini adalah ujian, hidup ini adalah perjuangan, hidup ini adalah untuk beramal dan amal nabi s.a.w adalah berdakwah mengajak dan mendidik manusia menjadi hamba Allah yang ikhlas.

08 November 2008

Ibadah Yang Sahih


Apakah tujuan penciptaan manusia? Jikalau mengikut fahaman Darwin, manusia diciptakan secara berevolusi daripada haiwan atau khususnya beruk lantas manusia itu tidak ada tujuan ia diciptakan melainkan hanya hidup, berevolusi dan akhirnya mati begitu sahaja. Kesudahan itu masih belum jelas. Sungguhpun begitu, sebagai manusia dan muslim yang waras, kita haruslah sedar bahawa Allah S.W.T jualah pencipta kita dan penciptaan kita ada tujuan tertentu. Sebagai seorang mechatronic engineer misalnya, beliau akan menciptakan robot yang dapat berlawan sumo dan sebagai seorang pharmacist kemungkinan mencipta formula ubat untuk kebajikan dan kesihatan manusia sejagat. Lantas, perlu difahami dan diteliti sewajarnya, apakah tujuan umum penciptaan manusia.
Allah berfirman dalam surah Adz- Zariyat ayat 56;

”Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku."
Jelas di atas, tujuan penciptaan manusia hanyalah untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Agama Islam bukanlah agama yang ritual semata-mata. Masyarakat secara umumnya, bila disebutkan ibadat , maka lingkungan minda mereka hanya tertakluk perkara-perkara khusus misalnya solat fardhu, puasa, zakat dan sebagainya dan tidak lebih dari itu.
Apabila kita bicarakan soal ibadah, umumnya ia terbahagi kepada 3 cabang; adanya ibadah khusus, yakni ibadah fardhu dan ibadah sunat serta ibadah umum. Ibadah khusus ialah ibadah yang telah ditetapkan oleh syarak, seperti solat subuh, zuhur dan seterusnya manakala ibadah umum adalah apa jua perlakuan selagi mana ia tidak bertentangan dengan syarak.
Namun, sesuatu ibadah itu ada syaratnya untuk diterima oleh Allah S.W.T. Syaratnya itu ada 2;
i) Sesuatu amalan dan ibadah itu seharusnya dilaksanakan dengan ikhlas hanya untuk Allah S.W.T.
ii) Sesuatu amalan dan ibadah itu seharusnya bertepatan dan selari dengan syariat Allah S.W.T.
Di dalam Islam, tidak ada istilah “matlamat menghalalkan cara”. Jika dilihat di persekitaran dunia hari ini, masyarakat seolah-olah hanya memikirkan soal niat sahaja apabila melakukan sesuatu tanpa memikirkan adakah perbuatannya itu dilandaskan kepada syariat ataupun tidak.
Kita mengambil suatu analogi mudah, Robin Hood misalnya, dia merompak kerana ingin membantu golongan miskin. Jelas sekali niat yang disandarkan adalah baik tetapi caranya itu tidak sama sekali berlandaskan syariat yang dibolehkan oleh agama. Malah agama meletakan hukuman hudud yang keras terhadap orang yang merompak.
Sungguhpun begitu, amalan itu sahaja belum memadai untuk ia diterima oleh Allah azzawajalla. Sesuatu amalan itu haruslah disandarkan niat kerana Allah Taala. Ini jelas dalam hadis Rasulullah yang bermaksud;
“Sesungguhnya, segala amalan itu hanyalah (sah atau sempurna) dengan niat”
Kaum muslimin yang dihormati sekalian, begitu mudah untuk mendapat pahala kerana asalkan kita mempunyai niat yang bersih dan kerana Allah disertakan pula amalan seharian kita yang seiring dengan syariat Allah, itu sudahpun memenuhi syarat-syarat yang telah diletakkan.
Daripada Sa’ad bin Abi Waqqash daripada Rasulullah s.a.w bersabda;
“Sesungguhnya apa sahaja yang kamu belanjakan demi mencari keredhaan Allah, pasti diganjari pahala hinggakan sesuap makanan yang kamu suapkan ke mulut isteri kamu”
Lantas, daripada hadis tersebut jelas membuktikan bahawa amalan yang berteraskan atau semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, ianya tidak akan disia-siakan oleh Allah.
Rasulullah s.a.w juga bersabda;
“Barang siapa yang mengada-adakan dalam urusan (agama) ini sedangkan ia bukan daripadanya, maka ia adalah tertolak”
Jelas hadis ini menolak sebarang bentuk bidaah yang tidak berteraskan sunnah. Kita maklum manusia secara fitrahnya ingin melakukan lebih dari sesuatu yang dituntut untuk menarik hati seseorang. Sebagai contoh, di dalam pejabat, seorang pekerja biasa seharusnya akan berusaha gigih untuk mengambil hati bosnya ataupun untuk mendapat kenaikan pangkat dengan lebih cepat. Begitu juga soal kita sebagai hamba dan Allah sebagai tuhan kita. Namun, kita tidak harus sewenang-wenangnya mengadakan ibadah tambahan rekaan sendiri ataupun melakukan zikir yang melampau-lampau hinggakan terlompat sana dan sini. Rata-rata alasan yang diberi apabila ditegur tentang ibadat mereka ialah mereka hanya melakukan “extra ibadah” kepada Allah. Jelas di sini, matlamat di dalam Islam tidak pernah menghalalkan caranya.
Sebagai seorang Islam, kita seharusnya mengambil inisiatif untuk mempelajari selok-belok ibadah yang berasaskan sunnah. Seboleh-bolehnya kita tahu apa dalil yang menganjurkan kita berbuat itu dan ini dalam ibadah seharian terutama yang melibatkan ibadah khusus. Kita semestinya tidak hanya menjadi pak turut sahaja melainkan kita mempunyai kepercayaan terhadap seseorang inividu itu yang mana peribadinya itu sendiri menjelaskan kewarakannya kepada Allah s.w.t. Amat dikesali,masih dapat dilihat bidaah yang dilakukan masyarakat khasnya di Malaysia.
Pokoknya, ia berbalik kepada soal niat kerana Allah s.w.t dan amalan itu berlandaskan syariat Allah s.w.t dan berpandukan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Sebagai muslim dan khalifah di bumi ini, kita seharusnya menjadi pewaris nabi, menjalankan kehidupan yang berasaskan sunnah nabi dan juga hidup berlandaskan Al-Quran. Justeru, berusahalah dalam mendalami ilmu agama dan berusahalah dalam apa jua keadaan sekalipun untuk mendapat keredhaan dan kerahmatan Allah azzawajalla. Penulis akhiri dengan kata-kata Fudhail bin Iyadh;
“Sesungguhnya Allah tidak menerima seseuatu amalan melainkan amalan yang paling ikhlas dan betul yakni yang paling ikhlas adalah amalan yang ikhlas hanya untuk Allah dan yang paling betul ialah amalan yang bertepatan dengan syariat Allah s.w.t.”
Wallahuaalam.

30 October 2008

Ramah Tamah Aidil Fitri

Assalamualaikum wbt.
Walaupun agak tersasar dua hari di bulan Zulkaidah,dengan azam yang membara di hati demi mengaharap kan keredhaan Allah,untuk mempertautkan lagi ukhwah di antara ahli Hikmah . Hikmah Bahagian Sibu mengada kan juga Majlis RAMAH TAMAH AIDIL FITRI 2008.pada malam 31.10.2008,jumaat.jam 8.oopm.Semua Ahli Hikmah Bahagian dan Cawangan Sibu di jemput Hadir,dan pada malam tersebut nanti Pengurus Dakwah Hikmah Pusat,Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad akan bersama untuk meraikan dan merasmikan Majlils tersebut.
Untuk maklum, tempat dan masa ada lah seperti berikut;
TEMPAT : Tadika Hikmah,Jalan Kaka sibu.
MASA : 8.00pm (selepas Isyak)
Tentatif Program
8.00 ; Ketibaan tetamu jemputan
8.30 ; Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
; Bacaan Ayat Suci Al-Quran (oleh Ustz.Jimie Andrew)
;Ucapan Aluan Pengerusi Hikmah Bahagian Sibu
;Ucapan dan Amanat,Pengurus Dakwah Sarawak ( Tuan Haji Abdul Rahman bin Ahmat )
; Santapan Jiwa.(oleh Ustz.Mustajab Syakirin)
Jamuan Ramah Tamah