08 November 2008

Ibadah Yang Sahih


Apakah tujuan penciptaan manusia? Jikalau mengikut fahaman Darwin, manusia diciptakan secara berevolusi daripada haiwan atau khususnya beruk lantas manusia itu tidak ada tujuan ia diciptakan melainkan hanya hidup, berevolusi dan akhirnya mati begitu sahaja. Kesudahan itu masih belum jelas. Sungguhpun begitu, sebagai manusia dan muslim yang waras, kita haruslah sedar bahawa Allah S.W.T jualah pencipta kita dan penciptaan kita ada tujuan tertentu. Sebagai seorang mechatronic engineer misalnya, beliau akan menciptakan robot yang dapat berlawan sumo dan sebagai seorang pharmacist kemungkinan mencipta formula ubat untuk kebajikan dan kesihatan manusia sejagat. Lantas, perlu difahami dan diteliti sewajarnya, apakah tujuan umum penciptaan manusia.
Allah berfirman dalam surah Adz- Zariyat ayat 56;

”Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku."
Jelas di atas, tujuan penciptaan manusia hanyalah untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Agama Islam bukanlah agama yang ritual semata-mata. Masyarakat secara umumnya, bila disebutkan ibadat , maka lingkungan minda mereka hanya tertakluk perkara-perkara khusus misalnya solat fardhu, puasa, zakat dan sebagainya dan tidak lebih dari itu.
Apabila kita bicarakan soal ibadah, umumnya ia terbahagi kepada 3 cabang; adanya ibadah khusus, yakni ibadah fardhu dan ibadah sunat serta ibadah umum. Ibadah khusus ialah ibadah yang telah ditetapkan oleh syarak, seperti solat subuh, zuhur dan seterusnya manakala ibadah umum adalah apa jua perlakuan selagi mana ia tidak bertentangan dengan syarak.
Namun, sesuatu ibadah itu ada syaratnya untuk diterima oleh Allah S.W.T. Syaratnya itu ada 2;
i) Sesuatu amalan dan ibadah itu seharusnya dilaksanakan dengan ikhlas hanya untuk Allah S.W.T.
ii) Sesuatu amalan dan ibadah itu seharusnya bertepatan dan selari dengan syariat Allah S.W.T.
Di dalam Islam, tidak ada istilah “matlamat menghalalkan cara”. Jika dilihat di persekitaran dunia hari ini, masyarakat seolah-olah hanya memikirkan soal niat sahaja apabila melakukan sesuatu tanpa memikirkan adakah perbuatannya itu dilandaskan kepada syariat ataupun tidak.
Kita mengambil suatu analogi mudah, Robin Hood misalnya, dia merompak kerana ingin membantu golongan miskin. Jelas sekali niat yang disandarkan adalah baik tetapi caranya itu tidak sama sekali berlandaskan syariat yang dibolehkan oleh agama. Malah agama meletakan hukuman hudud yang keras terhadap orang yang merompak.
Sungguhpun begitu, amalan itu sahaja belum memadai untuk ia diterima oleh Allah azzawajalla. Sesuatu amalan itu haruslah disandarkan niat kerana Allah Taala. Ini jelas dalam hadis Rasulullah yang bermaksud;
“Sesungguhnya, segala amalan itu hanyalah (sah atau sempurna) dengan niat”
Kaum muslimin yang dihormati sekalian, begitu mudah untuk mendapat pahala kerana asalkan kita mempunyai niat yang bersih dan kerana Allah disertakan pula amalan seharian kita yang seiring dengan syariat Allah, itu sudahpun memenuhi syarat-syarat yang telah diletakkan.
Daripada Sa’ad bin Abi Waqqash daripada Rasulullah s.a.w bersabda;
“Sesungguhnya apa sahaja yang kamu belanjakan demi mencari keredhaan Allah, pasti diganjari pahala hinggakan sesuap makanan yang kamu suapkan ke mulut isteri kamu”
Lantas, daripada hadis tersebut jelas membuktikan bahawa amalan yang berteraskan atau semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, ianya tidak akan disia-siakan oleh Allah.
Rasulullah s.a.w juga bersabda;
“Barang siapa yang mengada-adakan dalam urusan (agama) ini sedangkan ia bukan daripadanya, maka ia adalah tertolak”
Jelas hadis ini menolak sebarang bentuk bidaah yang tidak berteraskan sunnah. Kita maklum manusia secara fitrahnya ingin melakukan lebih dari sesuatu yang dituntut untuk menarik hati seseorang. Sebagai contoh, di dalam pejabat, seorang pekerja biasa seharusnya akan berusaha gigih untuk mengambil hati bosnya ataupun untuk mendapat kenaikan pangkat dengan lebih cepat. Begitu juga soal kita sebagai hamba dan Allah sebagai tuhan kita. Namun, kita tidak harus sewenang-wenangnya mengadakan ibadah tambahan rekaan sendiri ataupun melakukan zikir yang melampau-lampau hinggakan terlompat sana dan sini. Rata-rata alasan yang diberi apabila ditegur tentang ibadat mereka ialah mereka hanya melakukan “extra ibadah” kepada Allah. Jelas di sini, matlamat di dalam Islam tidak pernah menghalalkan caranya.
Sebagai seorang Islam, kita seharusnya mengambil inisiatif untuk mempelajari selok-belok ibadah yang berasaskan sunnah. Seboleh-bolehnya kita tahu apa dalil yang menganjurkan kita berbuat itu dan ini dalam ibadah seharian terutama yang melibatkan ibadah khusus. Kita semestinya tidak hanya menjadi pak turut sahaja melainkan kita mempunyai kepercayaan terhadap seseorang inividu itu yang mana peribadinya itu sendiri menjelaskan kewarakannya kepada Allah s.w.t. Amat dikesali,masih dapat dilihat bidaah yang dilakukan masyarakat khasnya di Malaysia.
Pokoknya, ia berbalik kepada soal niat kerana Allah s.w.t dan amalan itu berlandaskan syariat Allah s.w.t dan berpandukan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Sebagai muslim dan khalifah di bumi ini, kita seharusnya menjadi pewaris nabi, menjalankan kehidupan yang berasaskan sunnah nabi dan juga hidup berlandaskan Al-Quran. Justeru, berusahalah dalam mendalami ilmu agama dan berusahalah dalam apa jua keadaan sekalipun untuk mendapat keredhaan dan kerahmatan Allah azzawajalla. Penulis akhiri dengan kata-kata Fudhail bin Iyadh;
“Sesungguhnya Allah tidak menerima seseuatu amalan melainkan amalan yang paling ikhlas dan betul yakni yang paling ikhlas adalah amalan yang ikhlas hanya untuk Allah dan yang paling betul ialah amalan yang bertepatan dengan syariat Allah s.w.t.”
Wallahuaalam.

30 October 2008

Ramah Tamah Aidil Fitri

Assalamualaikum wbt.
Walaupun agak tersasar dua hari di bulan Zulkaidah,dengan azam yang membara di hati demi mengaharap kan keredhaan Allah,untuk mempertautkan lagi ukhwah di antara ahli Hikmah . Hikmah Bahagian Sibu mengada kan juga Majlis RAMAH TAMAH AIDIL FITRI 2008.pada malam 31.10.2008,jumaat.jam 8.oopm.Semua Ahli Hikmah Bahagian dan Cawangan Sibu di jemput Hadir,dan pada malam tersebut nanti Pengurus Dakwah Hikmah Pusat,Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad akan bersama untuk meraikan dan merasmikan Majlils tersebut.
Untuk maklum, tempat dan masa ada lah seperti berikut;
TEMPAT : Tadika Hikmah,Jalan Kaka sibu.
MASA : 8.00pm (selepas Isyak)
Tentatif Program
8.00 ; Ketibaan tetamu jemputan
8.30 ; Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
; Bacaan Ayat Suci Al-Quran (oleh Ustz.Jimie Andrew)
;Ucapan Aluan Pengerusi Hikmah Bahagian Sibu
;Ucapan dan Amanat,Pengurus Dakwah Sarawak ( Tuan Haji Abdul Rahman bin Ahmat )
; Santapan Jiwa.(oleh Ustz.Mustajab Syakirin)
Jamuan Ramah Tamah

16 October 2008

ANTARA KEJERNIHAN SUARA AZAN DAN LOCENG GEREJA


CERAMAH AGAMAN ; MUSLIMIN DAN MUSLIMAT ADA LAH DI JEMPAT

HADIR

PENCERAM AH : USTAZ AYUB, Bekas Paderi Besar.



TARIKH : 28.10.2008


MASA/TEMPAT : 10 pagi.

PUSAT MAKLUMAT ISLAM

77,jln.tuanku Osman,Sibu.


MASA/TEMPAT : Masjid Annur,Sibu

Antara Maghrib dan Isyak

03 October 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Kami warga Hikmah Bahagian dan Cawangan Sibu mengucap kan


Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin

18 September 2008

LaILaTuL QaDar..................


Bacaan surah Lailatul Qadar berkumandang di setengah-tengah masjid apabila masuknya malam yang ke 15 Ramadhan. Ada juga dikalangan mereka cuba mentafsirkan semula surah ini dengan mengatakan Lailatul Qadar hanya datang sekali sahaja, iaitu semasa penurunan al-Quran. Dikalangan umat Islam juga mempunyai pandangan yang berbeza mengenai apa yang akan berlaku atau apa yang harus dilakukan pada malam al-Qadar ini. Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi telah menjelaskan mengenai persoalan samada Lailatul Qadar itu dikhaskan untuk orang-orang tertentu sahaja atau kepada kesemua umat Islam secara umumnya, iaitu mereka yang mendirikan malam pada hari berlakunya peristiwa tersebut.
Apakah Lailatul Qadar bersifat khusus atau umum? (هل هي ليلة عامة أو خاصة ؛)
Diantara perkara yang dibahaskan ulama' disini adalah : apakah Lailatul Qadar dikhususkan kepada beberapa orang (tertentu sahaja), lalu menzahirkan kepadanya melihat alamat-alamat, atau melihatnya didalam mimpi, atau ada karamah luarbiasa yang terjadi, dan tidak berlaku kepada orang lain? Atau ia merupakan satu malam yang bersifat umum kepada kesemua orang Islam, sehingga hasil pahala dapat dikecapi bersama kepada sesiapa yang melakukan solat / qiam pada masa itu, walaupun tidak dizahirkan apa-apa alamat sekalipun? Maka kebanyakkan ulama telah memilih pandangan kedua, bersandarkan hadith Abu Hurairah ra.:
من يقم ليلة القدر فيوافقها.. "Barangsiapa yang berqiam pada malam Lailatul Qadar maka dia telah menjumpainya..." [Hadith Riwayat Muslim]. Begitu juga dengan hadith A'isyah ra. :- رأيت يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر ما أقول؟ فقال: قولي: اللهم إنك عفوٌّ تحب العفو فاعفُ عني "Apa pendapat kamu Ya Rasulullah jika aku berjumpa dengan Lailatul Qadar dan apa yang hendak aku ucapkan? Jawab baginda : Katakanlah : Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang memberi kemaafan, Engkau mencinta kemaafan, maka maafkanlah aku" [Hadith Riwayat Ibn Maajah dan Imam al-Timudzi]. Maka mereka mentafsirkan perkataan 'menjumpai' atau al-muwaafaqah (الموافقة) dengan maksud 'mengetahuinya', dan ini lah merupakan syarat untuk mendapatkan pahala, ia itu khusus dengannya (dengan 'al-Muwaafaqah'). Ulama' lain memilih makna menjumpainya : iaitu pada diri sendiri, walaupun tidak mengetahuinya, kerana sesungguhnya bukanlah menjadi syarat akibat dari melihat sesuatu atau mendengarnya, sebagaimana yang diperkatakan oleh Imam al-Thabari. Ada beberapa kalam ulama' yang meletakkan syarat perlu mengetahui Lailatul Qadar telah menjadi sebab kebanyakan orang awam beritiqad bahawa Lailatul Qadar adalah cahaya yang kuat yang dibuka kepada beberapa orang dengan mendapat kegembiraan, dan sebahagian lain tidak mendapatnya. Maka timbullah orang berkata : Si Fulan telah mendapat Lailatul Qadar. KESEMUA INI TERMASUKLAH PERKARA YANG TIDAK DIDASARKAN DENGAN DALIL YANG JELAS DARI SYARA'. Maka Lailatul Qadar itu bersifat UMUM kepada seluruh umat Islam yang menunggunya, mencari kebaikkan dan ganjarannya, serta apa yang disisi Allah, iaitu malam ibadat dan ketaatan, dengan melakukan Solat, Tilawah al-Quran, berdo'a, melakukan sedekah, menjalinkan silatul rahim, dan segala perbuatan yang baik. Paling sedikit seseorang Islam itu boleh lakukan pada malam itu adalah : bersolat Isya' berjemaah, dan solat Subuh berjemaah, kerana kedua-duanya menyerupai Qiamullail. Didalam sebuah hadith sahih Nabi :saw bersabda : من صلى العشاء في جماعة، فكأنما قام نصف الليل، ومن صلى الصبح في جماعة، فكأنما صلى الليل كله "Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat separuh malam, dan barangsiapa bersolat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepenuh malam" [Hadith Riwayat Ahmad dan Muslim dengan lafaznya, dari hadith Uthman, Sahih al-Jaami' al-Shaghir #6341]. Maksudnya 'barangsiapa yang telah bersolat Subuh', iaitu setelah menunaikan solat Isya', dan diperjelaskan didalam sebuah hadith riwayat Abu Daud dan Imam al-Tirmudzi :- من صلى العشاء في جماعة كان كقيام نصف ليلة، ومن صلى العشاء والفجر في جماعة كان كقيام ليلة "Barangsiapa bersolat Isya' berjemaah, seakan-akan dia bersolat separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat Isya' dan Fajar berjemaah, seakan-akan dia telah melakukan Qiamullail" [Rujukan seperti diatas, hadith #6342]. Terjemahan dari buku : Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi. Fiqh al-Shiyaam. Beirut : Muaasasah al-Risalah, 2001. ms 133.

15 September 2008

Program Iftar Jamaie dan qiamulail



Hikmah Bahagian dan cawangan Sibu akan mengada kan Iftar dan Qiamulail seperti berikut:

Tarikh : 20 sept 2008 ( sabtu mlm ahad )
Tempat : Tadika Islam Nurulhidayah (HIKMAH) jalan Kaka Sibu.


tentatif program :

6.00pm : kehadiran
6.30pm : Maljis Iftar Jamaie
7.00pm : Solat maghrib berjemaah
7.30pm : zikir mathur
8.00pm : Solat Isya' dan Solat terawih
9.00pm : Majlis khatam Quran
3.3oam: Qiamulail
4.30am: Bersahur
5.10am.solat Subuh
5.45am. Zikir Mathur
6.15 Kuliah Subuh
selesai


Dengan Segala Hormat nya Semua Ahli Jawatan Kuasa dan Ahli-Ahli HIkmah Cawangan dan Bahagian ada di jemput hadir

06 September 2008

sEbUaH dIaLoG SeLePaS MaLaM


"Akhi, dulu ana merasa semangat saat aktif dalam dakwah.Tapi, belakanganrasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah makin kering, bahkan ana melihatternyata banyak ikhwah banyak pula yang aneh-aneh." Begitu keluh kesahseorang mad'u(murid) kepada murabbi(guru) nya di suatu malam.Sang murabbi hanya terdiam, mencoba terus menggali semua kecamuk dalamdiri mad'u-nya. "Lalu apa yang ingin antum(kamu) lakukan setelahmerasakan semua itu?" Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung."Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa denganperilaku beberapa ikhwah yang justru tidak islami. Juga denganorganisasi dakwah yang ana geluti; kaku, dan sering mematikan potensianggota-anggotanya. Bila begini terus, ana lebih baik sendiri saja."Jawab ikhwah itu.Sang murabbi termenung kembali. Tak tampak raut terkejut dari romanwajahnya. Sorot matanya tetap terlihat tenang, seakan jawaban itumemang sudah diketahuinya sejak awal. "Akhi, bila suatu kali antum naiksebuah kapal mengarungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudahbobrok.Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang keropos, bahkankabinnya bau kotoran manusia. Lalu apa yang antum lakukan untuk tetapsampai pada tujuan?" Tanya seorang murabbi dengan kiasan bermakna dalam.Sang mad'u terdiam berpikir.Tak kuasa hatinya mendapat umpan baliksedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat."Apakah antum memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?"Sang murabbi mencoba memberi opsi. "Bila antum terjun ke laut, sesaatantum akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakankesegaran air laut, atau bebas bermain dengan lumba-lumba. Tapi ituhanya sesaat. Berapa kekuatan antum untuk berenang sampai tujuan?Bagaimana bila hiu datang? Dari mana antum mendapat makan dan minum?Bila malam datang bagaimana antum mengatasi hawa dingin?"Serentetan pertanyaan dihamparkan dihadapan sang ikhwah tersebut.Tak ayal, sang ikhwah menangis tersedu. Tak kuasa hatinya menahankegundahan sedemikian. Kekecewaannya kadang memuncak, namun sang murobbiyang dihormatinya justru tak memberi jalan keluar yang sesuai dengankeinginannya."Akhi, apakah antum masih merasa bahwa jalan dakwah adalah jalan yangpaling utama menuju ridho ALLAH SWT?" Pertanyaan yang menohok inimenghujam jiwa sang ikhwah. Ia hanya mengangguk." Bagaiman a bilaternyata mobil yang antum kendarai dalam menempuh jalan itu ternyatamogok? Antum akan berjalan kaki meninggalkan mobil itu tergeletak dijalan, atau mencoba memperbaikinya? " Tanya sang murabbi lagi.Sang ikhwah tetap terdiam dalam seunggukan tangis perlahannya. Tiba-tibaia mengangkat tangannya; "Cukup akhi, cukup. Ana sadar. Maafkan ana,InsyaALLAH ana akan tetap istiqomah. Ana berdakwah bukan untuk mendapatmedali kehormatan. Atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan."Biarlah yang lain dengan urusan pribadi masing-masing. Biarlah anatetap berjalan dalam dakwah. Dan hanya ALLAH saja yang akanmembahagiakan ana kelak dengan janji-janji- NYA. Biarlah segalakepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana." Sang mad'uberazzam dihadapan sang murabbi yang semakin dihormatinya.Sang murabbi tersenyum. "Akhi, jama'ah ini adalah jama'ah manusia.Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan. Tapi dibalikkelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Merekaadalah pribadi-pribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah.Dengan begitu mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihanALLAH SWT.""Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itumendominasi perasaan antum. Sebagaimana ALLAH Ta'ala menghapus dosamanusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata antumdengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Karena dimata ALLAH, belum tentu antum lebih baik dari mereka.""Futur, mundur, atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yangmasuk akal. Apabila setiap ketidakkesepakatan selalu disikapi denganjalan itu; maka apakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?"Sambungnya panjang lebar."Kita bukan sekedar pengamat yang hanya bisa berkomentar. Atau hanyapandai menuding-nuding sebuah kesalahan. Kalau hanya itu orang kafir punbisa melakukannya. Tapi kita adalah da'i. Kita adalah khalifah. Kitalahyang diserahi amanat oleh ALLAH untuk membenahi masalah-masalah dimukabumi. Bukan hanya meng"ekspose" nya, yang bisa jadi justru semakinmemperuncing masalah."Sang mad'u termenung sampai merenungi setiap kalimat murabbinya.Azzamnya memang kembali menguat. Namun ada satu hal yang tetapbergelayut di hatinya. "Tapi bagaimana ana bisa memperbaiki organisasidakwah dengan kapasitas ana yang lemah ini?"Sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga."Siapa bilang kapasitas antum lemah? Apakah ALLAH mewahyukan begitukepada antum? Semua manusia punya kapasitas yang berbeda. Namun tak adayang bisa melihat bahwa yang satu lebih baik dari yang lain!". Sahutsang murabbi."Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah tausyiah dalam kebenaran, kesabarandan kasih sayang pada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu.Karena peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila adasebuah isu atau gossip, tutuplah telinga antum dan bertaubatlah.Singkirkan segala bakhil antum terhadap saudara antum sendiri. Denganitulah Bilal yang mantan budak hina menemui kemuliaanya. "Malam itu sang mad'u menyadari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetapberputar bersama jama'ah untuk tetap mengarungi jalan dakwah.Kembalikan semangat itu saudaraku, jangan biarkan asa itu hilang,ditelan gersangnya debu yang menerpa. Biarlah itu semua menjadi saksisampai kita diberi dua kebaikan oleh ALLAH SWT : Kemenangan atau MatiSyahid.Ikhlas adalah ruh dari setiap amal. Ikhlas adalah motivasi yang kuatagar amal kita tetap terjaga berlanjut, tidak usang karena kepanasan dantidak luntur karena kehujanan,tidak ghurur karena pujian, dan tidakprustasi karena cacian. Terus bergerak kearah tujuan yang paling puncakdari cita-cita. Melihat sesuatu yang paling indah dibalik setiap amal,selalu mampu menghadirkan sang Kholiq yang tak pernah salah dalammenilai.(DR. M Adih Amin, M. Dosen STAI BANI SALEH)