23 June 2008

Koleksi Fatwa Mufti Perlis (www.drmaza.com)

Pil PerancangPosted on Oct 19, 2007 under Fatwa
Soalan: Boleh seorang wanita memakan pil menghalang datangnya haid pada bulan ramadan atau ketika ingin menunaikan haji dan umrah? Sekiranya telah datang waktu haidnya tetapi haid tidak ada disebabkan pil tersebut, apakah ibadatnya sah?
Jawapan: Pertama, dia boleh menggunakan pil kerana tiada dalil syarak yang melarang perbuatan tersebut. Adalah menjadi kaedah bahawa asal sesuatu perkara itu dalam urusan kehidupan adalah harus, sehingga adanya dalil ianya dilarang. Demikianlah penggunaan pil tersebut, ianya harus kerana tiada dalil yang melarangnya.
Kedua, jika haid seseorang wanita tidak datang disebabkan pil tersebut maka dia dianggap tidak dalam haid dan sah ibadatnya. Ini kerana haid dihukum ada berdasarkan darah yang keluar, bukan berdasarkan andaian waktu. Maka dia boleh meneruskan ibadahnya dengan yakin tanpa sebarang syak.

17 June 2008

Tazkirah

Luasnya Neraka
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalahsegala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN..... .: Luasnya Neraka :.Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangkepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaanberubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"Jawabnya: "Ya Muhammad, akudatang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orangyg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasaaman dari padanya." Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanselama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitamgelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutusengkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakarpenduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahlineraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan matipenduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawahbumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujungtimur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potonganapi. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannyayang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pinturumah kami?"Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang ygkafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusibernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedarnabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat kuyang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyangkemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "PeringatanBagi Yg Lalai") Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiatsedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua. Wallahua'lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kamiterangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk

01 June 2008

Imbasan Program KEINDAHAN BERSAMA MU (KBSM) 17,18,19,Mei,08,di Villa Mardhiah,Bintulu

Peserta mengalun kan Nasyid Bingkai Kehidupan dengan penuh semangat....





Saling ingin mengenali sahabat lebih dekat kerana Allah....agar mempermudah kan jalan2 Dakwah.....
di antara perserta yang menjalani seisi taaruf program KBSM....

15 May 2008

Program Jom Ngaji......

Program Helwa Hikmah Cawangan Sibu di bantu kelab remaja perempuan... Jom Ngaji... Aktiviti Helwa Hikmah bersama masyarakat Program Jom Ngaji ini di ada kan di Masjid Darul Hamim Kpg Bahagia Jaya. Teku. Program ini di jalan kan sejak awak tahun 2008 dan di bantu oleh kelab remaja perempuan Hikmah cawangan sibu.ianya mendapat sambutan di kalangan anak2 Islam di kampung tersebut.seramai empat puluh lebih org telah mendaftar untuk mengikuti program tersebut sepanjang program ini di jalan kan.Ianya di ada kan seminggu sekali hari Ahad jam 8.am.hingga jam 11.am.setiap minggu,pembelajaran ada lah percuma.peserta yang mengikuti program ini berusia 5 hingga 12 tahun.Di antara pengisian ialah,di samping mengajar membaca Al-Quran dan Iqra"sebagai pelajaran asas di setiap minggu,ia juga di selang seli kan dengan mengajar tulisan Jawi dan latihan mewarna.di samping tazkirah tentang cerita2 pendek mengenai kebesaran Allah swt.



Program ini ada la salah satu perancangan Hikmah Cawangan Sibu.Insyallah sekiranya di izin kan Allah,di kalangan peserta ini nanti kita akan daftarkan sebagai ahli Kelab Remaja Hikmah.







di antara pengisian aktiviti program Jom Ngaji ialah di selang seli kan dengan progaram latihan tulisan Jawi dan mewarna.... di samping mengajar Iqra"dan mengaji bagi yang sudah bole mebaca al-Quran...








Di antara adik2 peserta program Jom Ngaji Helwa Hikmah Cawangan sibu.... begitu tekun dan berminat sekali menjalan kan aktiviti yang telah di tugas kan.......














05 May 2008

Program Keindahan Bersama mu

PROGRAM TERBARU HIKMAH CAWANGAN DAN BAHAGIAN


AKTIVIS HIKMAH ADA LAH DI JEMPUT KE PROGRAM" KE INDAHAN BERSAMA MU"
YANG AKAN DI ADA KAN DI BINTULU PADA 17,18,19 MEI. MAKLUMAT LANJUT:

Noraman Yaakup: 0168890245
Nasyitah Abdullah :0138269054

@ Ada lah di galakan Pasangan suami isteri untuk mengikuti program tersebut

04 May 2008

Mesyuarat Agung Tiga Tahun sekali Hikmah Bahagian Sibu.

Pada 1 mei yang lalu,Hikmah Bahagian Sibu telah pun mengadakan mesyuarat Agung 3 tahun sekali.mesyuarat itu di adakan di Pusat Maklumat Islam sibu.
Hikmah Bahagian Sibu mempunyai dua cawangan, iaitu Hikmah Cawangan Kanowit dan Hikmah Cawangan Sibu.Pada mesyuarat tersebut Hikmah Cawangan Kanowit menghantar dua orang wakil dan selebih nya wakil dari Cawangan Sibu.
Di antara Ahli Jawatan Kuasa yang baru Hikmah Bahagian sibu seperti berikut:
Pengerusi : Kameri bin Meraf
T.Pengerusi: Hjh.Dayang Alam bt.Abg Ramli
N.Pengerusi: Othman bin Merki
Setiausahan: Norazman Yaakup bin Ahmad Hanafiah
Bendahari : Hamimah bt Rejeman
Pegawai Belia: Husbi Mahdi
Ahli Jawatan Kuasa:
1.Nasyitah bt Abdullah
2.Habibu
3.Saadiah bt. Mohd Ali
4.Sarimah bt.Kipli
5.Abg.Ismail Abg Chek
6.Khairunisa bt.Husbi
7.Hasanah bt.Hj Sanyut