Bersempena cuti tahun baru cina yang lalu,29,30,31,januari 09, kami pihak hikmah Cawangan Sibu mengada kan program untuk remaja iaitu Jaulah Kelab Remaja Hikmah Sibu Cawangan salim ke Intitut Al-Quran Bintulu,program ini adalah bertujuan untuk mendekat kan Hikmah dengan remaja-remaja Muslim di sekitar sibu.dimana kita melihat ramai remaja-remaja Islam kini dipengaruhi atau pun terlibat dengan gejala sosial yang agak serius,pengalaman kita Hikmah sibu berdamping dengan remaja-remaja ini amatlah sedih sekali dimana remaja-remaja Muslim ini amat jauh dengan pendidikan agama dan terdedah dengan perkara-perkara yang tidak diingini.Kami amat memahami agak sukar untuk kita mendekati remaja yang bermasaalah namun kami memohon kekuatan dari Allah untuk sentiasa istiqomah mendapingi remaja-remaja ini semoga usaha kita ini menjadi sumbangan kita kepada perkembangan Islam itu sendiri disamping membantu anak-anak remaja Muslim kita dari terlibat dengan pengaruh liar gejala negatif. selebih nya kita serah pada Allah swt.
Remaja remaja agak seronok dengan majlis suai kenal dengan pelajar-pelajar Intitut Al-Quran.
Sesi taaruf dengan pelajar-pelajar di Institu Al-Quran dengan peserta Jaulah.
Tuan Haji sulaiman Hambali AJK Institut Al-Quran sedang memberi taklimat mengenai perjalanan Institut al-Quran yang dulu nya di kenali Madrasah Al-Quran,kepada peserta Jaulah.
remaja di asrama kediaman Institut Al-Quran.
peserta sedang menikmat hidangan malam oleh pihak tuan rumah Institut Al-Quran.
Distinasi seterus nya yang di urus kan tuan rumah Bintulu ialah taman binatang tumbina Bintulu.
Peserta Jaulah juga di bawa melawat ke pantai Tanjung Batu,melihat sendiri betapa indah nya alam ciptaan Allah dan patut kita syukuri nikmat yang begitu banyak yang Allah jadi kan untuk kita sebagai Hamba Nya.
Jazakumullahu khairan kathira kita ucapkan pada pihak Institut Al-Quran kerana bersusah payah melayan kerenah kami dari Kelab Remaja Hikmah Sibu,hanya Allah saja lah yang dapat membalas jasa antum semua. ( Ustaz Ariffin sedang menyampai kan ucapan di majlis perpisahan)
Para peserta sedang khusuk mendengar Ust Ariffin selaku wakil tuan rumah berucap di majlis perpisahan.
Salah seorang pelajar sinior Institu Al-Quran sedang memberi Tazkirah perkongsian pengalaman dengan perserta Jaulah,dengan sungguh perasaan beliau mengingat kan betapa pentingnya sebagai remaja perlu memahami siapa diri kita sebenar dan kemana arah tuju kehidupan kita,beliau juga mengatakan betapa sebelum dia belajar di Institut Al-Quran ini,jiwa bagai kosong,alhamdulillah setelah berada di Institut -Al-Quran ini baru lah dia memahami erti kehidupan sebagai seorang muslim yang sebenar...
No comments:
Post a Comment