23 January 2009

Ziarah Hikmah ke batu 16

Gambar dibawah berlatar belakangkan rumah panjang Iban di batu 16,kelihatan berbaju biru seluar pendek adalah Tuai rumah yang dulu nya Islam bernama Tuai rumah Yunus serta Isteri beliau dan kini telah kembali ke agama asal mereka,InsyaAllah semoga Allah membuka hati mereka kembali.
Rombongan kami sedang berbincangan mengenai program susulan untuk mengimarah kan Surau yang telah sedia ada,buat masa ini Surau tersebut di kendalikan penjagaan sepenuh nya oleh keluarga Salina binti Yunus(Gambar yang memakai skap)salah seorang dari tiga keluarga yang masih Islam.

Ini lah Surau yang telah di dirikan oleh pihak yang berwajib untuk penduduk Islam di batu 16 pada satu ketika dulu,yang masih utuh,insyaAllah aktiviti mingguan yang kita cadangkan mengguna kan surau tersebut.Dimana pihak kami dari rombangan Ziarah sedang meninjau keadaan surau itu.

Pada 18 januari yang lalu kami pihak Hikmah Cawangan Sibu mengadakan aktiviti Ziarah Saudara kita,dimana distinasi kami pada bulan ini ada lah batu 16,perkampungan rumah panjang iban yang sebelum ini ramai di antara mereka memeluk Islam dan buat masa ini ramai yang telah kembali lagi ke agama asal,mungkin di sebabkan kurang kefahaman tentang Islam dan kurang pendedahan tentang budaya Islam itu sendiri.InsyaAllah,walau bagaimana pun masih ada tiga keluarga lagi yang masih Islam,insyaAllah,selepas ini kita akan mengada kan program susulan mingguan ia itu,mengajar anak2 dari tiga keluarga itu fardhu ain,dan mereka telah pun bersetuju untuk mengikuti kelas fardhu ain tersebut.semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua dan kekuatan untuk terus berjuang menegak kan DEEN Islam di muka bumi ini,ameen.

No comments: